Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dunia Rumah Tangga Amat Menyeronokkan – Sam Bunkface

Baru sahaja bergelar suami kepada Aida Azira pada 25 April lalu, Sam Bunkface melahirkan rasa terujanya dengan kehidupan rumah tangga yang amat menyeronokkan. Hehehe. Abang Nara dah tau lama dah. Namun Sam masih berada di dalam fasa honeymoon. Memang semua benda tengah manis sekarang ini. Masih banyak cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi di masa hadapan.
sam bunkfaceDalam perkahwinan tak semuanya manis. Ada juga yang pahit. Namun itulah keseronokan mempunyai seorang suami/isteri di samping kita. Segala masalah, segala duka, dan segala suka dapat dikongsikan bersama. Tak adalah keseorang menempuh segala masalah. Kata Sam:-

Macam dulu saya ingat boleh hidup sendirian tetapi bila difikirkan kembali kehidupan berumah tangga lebih bagus kerana ada orang jaga serta sayang kita dan saya rasa kehidupan kini semakin terurus walaupun belum ada anak lagi.

Saya juga berasa perbezaan yang lain kerana bila bangun dari tidur boleh liihat isteri berada di sebelah dan dia menyambut bila balik tetapi saya perlu banyak lagi pengalaman untuk mengharungi alam kehidupan berumah tangga.

Kini setiap keputusan yang hendak dilakukan saya perlu berbincang dan mencapai persetujuan bersama pasangan kerana itulah sebenar perkahwinan bagi saya.

Sebelum membuat keputusan saya perlu fikirkan mengenai isteri terlebih dahulu kerana jika kita melakukannya tanpa berfikir mengenai pasagan, kita sebenarnya seorang selfish (pentingkan diri) jadi perkara itu yang saya belajar selepas berkahwin

Advertisement

sam bunkface

Betul kata-kata Sam itu. Sebagai suami, sememangnya kita ketua keluarga namun buah fikiran isteri tercinta juga diperlukan ketika membuat sebarang keputusan. Tahun ini dah masuk tahun keempat Abang Nara bergelar suami. Macam-macam dah ditempuhi. Nanti bila Sam dan Aida dah ada anak, lagilah kehidupan akan berubah. Namun itu semua asam garam sebuah perkahwinan. Yang penting, hati kena jujur, sabar dan bantu membantu. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top