Baru-baru ini digemparkan apabila seorang penyanyi sekaligus seorang pelakon yang mempunyai hampir 1.2 juta followers telah dikatakan membuat pembedahan kosmetik untuk terlihat lebih cantik.
Bukan itu sahaja, warganet juga ada yang membandingkan wajah Shiha Zikir yang dulu dan sekarang yang menimbulkan tanda tanya antara kalangan ramai.
Dulu saya ‘tomboi’ tak pandai make up tapi bila dah masuk industri ni kena lah nampak presentable.
View this post on Instagram
Penyanyi lagu popular bertajuk Aewo itu akui dirinya tidak pernah melakukan apa-apa pembedahan plastik melainkan hanya belajar untuk bersolek demi tampil lebih cantik di layar kaca televisyen.
Tambah penyanyi itu lagi, gambarnya yang dahulu sewajarnya akan terlihat berbeza dengan sekarang. Katanya lagi, jika dirinya ingin melakukannya, sudah lama dibuat.
Saya sendiri pakai dua tiga lapis filter. Tak payah lah percaya orang tunjuk muka di media sosial tu.
@shihazikirSiapakah yang akan jadi “The Chosen One” dibawah bimbingan Shiha? Sama-sama kita layan program terbaru untuk seisi keluarga,”The Chosen One” jam 9malam ini di Astro Ceria See you 🫰🏻♬ original sound – shihazikir
Bukan itu sahaja, Shiha juga tidak lupa untuk menegaskan bahawa dia tidak akan melakukan pembedahan. Jika terlihat lebih cengkung pada masa akan datang, itu bermaksud dia hanyalah mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Selain itu, kami bawakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.