Setelah sekian lama proses penceraian berlangsung, akhirnya semalam pasangan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof mencapai kata sepakat untuk berpisah dan bercerai dengan talak satu.
Perpisahan mereka diterima baik oleh kedua-dua belah pihak dan dapat dilihat juga Syamsul serta Puteri Sarah kelihatan gelak ketawa di luar mahkamah selepas selesai segala proses yang perlu dilakukan.
Sejurus itu, aktres berkenaan memuat naik satu hantaran di Instagram meluahkan perasaan mengenai rasa selepas berpisah dengan pasangan.
View this post on Instagram
Katanya, kalau dahulu dia berasa takut dengan perkataan ‘perpisahan’ tapi kini dia memahami kalau sesuatu perkara itu perlu berakhir pasti ada sebab tersendiri.
Dalam pada itu, Sarah juga berkata perpisahan itu merupakan satu hal yang indah jika dilihat semula dan menyelitkan nasihat kepada pengikutnya untuk sentiasa bersabar, kerana yakin Allah SWT akan memberikan keindahan dalam hidup selepas itu.
Meninjau di ruangan komen, ramai rakan selebriti serta netizen meninggalkan respon memberi semangat kepada pelakon tersebut untuk kekal tabah hadapi ujian ini dan meneruskan hidup tanpa berpaling ke belakang.