Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dulu Sentap Suami Jarang Ucap Sayang, Mia Ahmad Akui Makin Matang Dalam Perkahwinan

Mia Ahmad

Pelakon Mia Ahmad mengakui dia kini lebih matang dalam dunia perkahwinan terutama apabila menyentuh soal-soal untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga bersama suami.

Advertisement

Ujar Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, dulunya dia sering terasa hati apabila suami, Izham Tarmizi jarang mengungkapkan kata cinta.

View this post on Instagram

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Namun kini, dia sedar bahawa rasa cinta dan sayang itu bukanlah daripada perkataan semata-mata namun harus disertakan dengan perbuatan.

Bila dah faham bahasa kasih sayang dari suami ni perkahwinan jadi bertambah indah..dulu kalau suami tak cakap ‘I LOVE YOU’ rasa suami tak sayang..Apooo??!!

Kata Mia lagi, seorang isteri haruslah banyak berdoa kerana hanya Allah S.W.T yang memegang hati seseorang dan kurangkan mengharap dalam kehidupan.

Perkara tersebut dikongsikan Mia menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat di media sosial.

View this post on Instagram

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

Advertisement

Dia dalam pada itu turut meminta mereka yang mempunyai perasaan sama dengannya agar sentiasa berdoa agar dijauhkan daripada perasaan sedih dan susah hati.

Terdahulu, Mia dan suaminya yang merupakan penjaga gol  pasukan bola sepak Johor Darul Takzim telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 13 Januari 2017.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Sayf Issa,3, dan Iris yang kini berusia setahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. vndfkl

    September 20, 2021 at 2:22 pm

    tak, masa dia ngorat ko dulu dia ucap tak ILU?
    kalau masa ngorat x ucap, knp ko expect ada perubahan lps kawen?
    kalau masa ngorat xde mslh nk ucap ILU, knp lps kawen dh xleh ucap?

    org lelaki sll kata perempuan x cukup ‘layan’ suami
    tp suami pun x mahu belai jiwa isteri
    nnti bila ada jejaka lain tlg belai jiwa bini tu, mula lah jadi haru biru
    walaupun jiwa tu perkara yg x boleh nampak atau pegang, ia juga perlu belaian
    itu mmg fitrah wanita
    sama juga org lelaki ada fitrah dan kehendak
    knp nk membina hubungan harap kan sebelah pihak shj?
    lama2 si isteri bosan sbb duk tgk di socmed, kwn2 nya semua dimanjakan dan jiwa mereka dibelai suami msg2
    sdgkan suami sndr kt seblah duk buat keras, x reti nk bercinta dgn bini

    nk makan, suh bini masak/beli sndr
    nk ke kedai, suh bini drive/order sndr
    nk tnya jalan, suh isteri gugel/waze sndr

    lama2 bini rasa, xde berlaki pun xpe kalau mcm ni
    tiba2 dtg pulak org ke 3 yg kemain caring ngn bini
    tnya dh makan ke belum
    siap order kan hntr smpai dpn rumah
    siap bini nk kemana2 tlg hantar kan
    sering dapat surprise walaupun x mahal

    kalau bini mintak, nnti dikatakan manja dan demanding
    well, if u dont want to put any effort in your marriage
    jgn marah kalau ada org lain yg hadir dgn lebih effort utk menawan hati bini u

  2. tecit

    September 20, 2021 at 10:17 am

    yezza. kene faham bahasa cinta pasangan masing2.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top