Pelakon Zarina Anjoulie sekali lagi menghangatkan media sosial membidas sikap sesetengah artis yang ibarat seperti lalang apabila beralih memuji Pakatan Harapan sedangkan mereka sebelum ini beriya-iya secara terbuka menyokong kerajaan terdahulu.
Zarina turut memuji sikap rakannya Fathia Latiff yang tidak pernah berselindung menyatakan sokongan beliau kepada Tun Mahathir.
Bukan itu sahaja, Zarina sangat “respect” dengan keberanian Fathia untuk menyuarakan isu politik menerusi akaun Twitternya walaupun tindakan itu mendapat pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat, termasuk Exco Puteri UMNO Tangga Batu, Dira Abu Zahar yang menyelar Fathia tidak perlu mencampuri urusan politik dan harus perbetulkan hidupnya dahulu yang sebelum ini dihimpit kontroversi Bigo Live.
Bukan Zarina sahaja yang tertanya mengapa Dira tiba-tiba senyap, tetapi netizen juga. Iyalah, sebelum ini beliau lantang bersuara tetapi kini seakan “menghilangkan diri”.
Tidak dinafikan, kami kagum dengan pendapat Zarina yang kelihatan bersahaja tetapi hakikatnya agak “makan dalam”. Bak kata pepatah, siapa makan cili dia yang akan terasa pedasnya, jadi janganlah cepat melatah ataupun hendak marah ya.