“Dulu Selisih Bahu Tak Bertegur, Sekarang Dah Terlambat” – Ibu Bapa Arwah Zulfarhan Enggan Maafkan Keluarga Tertuduh

Kehidupan

“Dulu Selisih Bahu Tak Bertegur, Sekarang Dah Terlambat” – Ibu Bapa Arwah Zulfarhan Enggan Maafkan Keluarga Tertuduh

Ibu bapa kepada mangsa bunuh Allahyarham Zulfarhan memaklumkan pintu kemaafan yang pernah dibuka suatu ketika dahulu sudah pun ‘ditutup’ buat keluarga tertuduh.

Menyifatkan ia sebagai sudah terlambat, bapa arwah Zulfarhan, Zulkarnain Idros, 60, berkata keluarga tertuduh sepatutnya memohon maaf sejak 2018 ketika kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Advertisement

Jika saya terima permohonan maaf itu pun, anak saya sudah tiada. Kalau mereka nak memohon maaf, kenapa tunggu sekarang, kita banyak kali jumpa di mahkamah.

Waktu awal perbicaraan dulu, kita berselisih bahu pun tidak bertegur seolah-olah macam anak saya pula yang bunuh anak dia (keluarga tertuduh).

Zulkarnain Idros juga berkongsi mengenai salah seorang bapa tertuduh ada berjumpa dengannya untuk memohon maaf.

Ibu bapa zulfarhan enggan maafkan keluarga tertuduh

Meskipun reda dengan suratan takdir, keluarga arwah Zulfarhan tidak dapat menerima perlakuan tertuduh yang kejam dan tidak bertimbang rasa melebihi haiwan.

“Tidak mengapalah, saya tidak mahu berjumpa dengan keluarga tertuduh, cukuplah” ulasnya lagi.

Terdahulu, 6 tertuduh utama kes pembunuhan Allahyarham Zulfarhan yang merupakan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia tujuh tahun lalu telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rafidah ibrahim kalah saman fitnah
5 months ago

Buat Hantaran Fitnah, Rafidah Ibrahim Diperintah Bayar RM250K Kepada Usahawan Bergelar Datuk

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...