Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dulu Selalu Ke Kelab Malam Untuk Berseronok, Kini Ismail Izzani Sudah Insaf

Pernah terpalit dengan kontroversi dikala popularitinya sedang melonjak naik, penyanyi Ismail Izzani mengakui turut terkesan dengan berita panas pendedahan foto mesra beberapa rakan artis yang tersebar sejak kebelakangan ini.

Advertisement

Pesanan Ismail, mereka harus berhat-hati dalam setiap tindakan termasuklah jangan salah memilih kawan dan perlu tabah untuk menghadapi dugaan serta kecaman netizen.

Sebagai selebriti memang akan ramai yang mencari salah kita. Walaupun saya sendiri pernah mengalaminya namun pada masa hadapan saya sendiri tidak tahu apa pula prang akan cari kesalahan saya. Namun, apa boleh saya kongsi adalah mereka perlu lebih berhati-hati dalam memilih rakan dan mempercayai orang di sekeliling kita.

Mengakui pernah ke kelab malam untuk mencari keseronokkan,  bagaimanapun kontroversi yang menimpa Ismail membuatkan beliau bersikap lebih matang kini.

Sebelum ini saya tidak matang dan selalu berfikir pergi ke kelab malam itu adalah satu-satunya cara untuk berseronok. Tetapi sekarang saya sedar itu bukan caranya kerana banyak lagi benda lain saya boleh buat.

Advertisement

Terdahulu, Ismail dikecam teruk gara-gara kontroversi berparti di kelab malam sambil merangkul pinggang pelakon Zarina Anjoulie. Bukan itu sahaja, beliau juga didakwa tidak mahu membayar hutang bil hotel berjumlah RM 398.85 kepada Zarina setelah menggunakan bilik hotel ata nama pelakon itu untuk memadu asmara dengan teman wanitanya.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

29 Comments

  1. joe

    February 16, 2019 at 1:22 pm

    aik dah insaf, bru 20 dah insaf, dgn budak2 kurang matang boleh kau cerita…jgn la cerita babi terbang…

  2. Anonymous

    February 15, 2019 at 4:56 pm

    Rmbt dh cam joe jambul…ade hati nk jd justin birbir..abg ko tu joe jambul xnk ngaku…hahaha…

  3. Low Profile is better

    February 15, 2019 at 11:58 am

    lbh baik kau pg smbong study dr jd pnyanyi yg xlaku , kau igt kau blh jd justin bibir mlysia ke ? klau kau ni adik aku dh lme aku ketok pale kau dan trim telinge kau tu dan hntr pg kolej !

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama