Seorang ‘wedding planner’ yang pernah tular sekitar tahun 2017 lalu, Zurin Jundi kembali mendapat perhatian selepas memuat naik video di TikTok beberapa hari lepas.
Zurin tular suatu ketika dahulu kerana didakwa telah menipu ramai pelanggan dengan menawarkan pakej perkahwinan dengan harga murah.
Menangis minta bantuan nak langsai hutang
Terbaru, menerusi TikTok itu Zurin menangis sambil merayu agar ada yang membantunya untuk melangsaikan kesemua hutang yang membebaninya.
Saya betul betul merayu serendah-rendah diri, tolonglah saya. Saya dah tak tahu lagi apa nak buat. Saya buang perasaan malu saya.
Kata Zurin dia tidak kisah jika tidak merawat penyakitnya kerana lebih mementingkan hutang yang mencecah RM50,000. Dia turut mempromosikan e-book resipi dijualnya dengan harga RM20.
Saya sudah tak mampu untuk bekerja sebab saya diserang strok dan ada beberapa penyakit kronik yang lain.
@zurinjundi tolong la sebarkan video saya #zurinjundi ebook #fyp ♬ Piano, sad, touching, majestic, nature, movie – arachang
Ramai mangsa ‘berkampung’ di komen
Video itu meraih perhatian ramai terutamanya mangsa-mangsa penipuannya beberapa tahun lalu yang ‘berkampung’ di ruangan komen untuk mengingatkan Zurin tentang kerugian yang mereka alami.
Rata-ratanya mengungkit kisah lama yang tak boleh mereka lupakan apabila ditipu olehnya namun ada sesetengah individu yang akui sudah memaafkan Zurin dan mendoakannya.
Pada 2017, peguam yang mewakili syarikat milik Zurin Jundi berkata pihaknya bersedia berdepan dan berbincang dengan 91 bakal pengantin yang membuat laporan polis terhadap syarikat itu.
Zurin juga berkata dia akan membayar ganti rugi itu secara berperingkat-peringkat dan pelanggannya boleh memilih sama ada mahu meneruskan khidmat kami atau mengambil semula deposit mereka.
Daripada sejumlah pelanggan yang membuat laporan polis, hanya kira-kira 10 pelanggan sahaja yang mahu mengambil deposit dan selebihnya mahu menggunakan khidmat Zurin Jundi selepas mendengar penjelasan.