Penyanyi popular, Haqiem Rusli berkongsi tentang perubahan besar dalam hidupnya selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta, Anis Sofea.
Pemilik nama penuh Ridzuan Haqiem Rusli, 27, berkata alam perkahwinan banyak mengajarnya erti kematangan serta menjadikannya insan yang lebih baik.
Perkahwinan ajar saya erti matang. Bukanlah saya nak cakap saya terlalu matang, tapi perkahwinan membuang sikap toksik dan benda-benda negatif dalam hidup saya.
Mungkin dulu saya ada perangai contohnya sombong ke, perangai toksik budak-budak mudalah.
Ditanya sama ada dia pernah menyesal berkahwin pada usia muda, Haqiem menafikan perkara itu.
Saya tidak pernah menyesal sama sekali. Sebab saya percaya itu adalah takdir Allah dah beri.
Dalam pada itu, pelantun lagu Sangkar Derita ini mengakui dirinya sedikit sebanyak terkesan apabila sering ditanya soal zuriat, namun memilih untuk bersabar dan menyerahkan rezeki kepada Allah.
Bukan tak cuba, kita cuba tapi rezeki semua dari Allah. Saya menunggu sahaja.
Untuk rekod, Haqiem Rusli dengan dua kali lafaz sah bergelar suami kepada Anis Sofea pada 19 November 2021 dalam sebuah majlis pernikahan di Cyberjaya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.