“Dulu Saya Terpaksa Hadap Semua Sendiri..” – Shila Amzah Dedah Alami ‘Anxiety’ Semasa Hamil, Pernah Bergantung Pada Ubat

Hiburan

“Dulu Saya Terpaksa Hadap Semua Sendiri..” – Shila Amzah Dedah Alami ‘Anxiety’ Semasa Hamil, Pernah Bergantung Pada Ubat

Sejak berbadan dua, penyanyi terkenal, Shila Amzah tidak pernah bercerita tentang sakit anxiety yang dialaminya. Shila hanya mendedahkan dirinya sukar tidur nyenyak selama empat hari kerana diserang anxiety.

Perlu bergantung pada ubat

Menurut Shila yang kini berada dalam fasa trimester kedua kehamilan, penyakitnya itu sudah lama dialami namun tidak diberitahu pada umum. Tambahnya, kegelisahan dialami akibat kesan trauma masa lalu bukan pada tahap ringan, sebaliknya perlu bergantung kepada ubat-ubatan.

Advertisement

Saya sudah tahap berjumpa dengan pakar psikiatrik, cuma memilih untuk tidak mendedahkannya.

 

Saya juga pernah bergantung kepada ubat, tetapi berhenti mengambilnya selepas semakin pulih.

 

Fasa paling genting ketika berada dalam program Famili Duo. Mungkin kerana hormon tak stabil dan berdebar nak bertanding setiap minggu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Anxiety semakin teruk

Pada masa yang sama, penyanyi lagu Patah Seribu juga memilih untuk berdiam diri soal sakitnya itu kerana pandangan masyarakat yang berbeza disebalik menyangka hal tersebut hanya perkara biasa. Namun, kata Shila, dia tidak menyangka anxiety itu akan semakin teruk.

Mulanya saya tak boleh tidur, kemudian mood jadi tak menentu. Masalah kecil pun saya rasa macam besar.

 

Saya tak nak keluar rumah dan kalau boleh tak nak jumpa orang langsung. Tapi, saya terpaksa juga keluar sebab perlu bekerja.

 

Saya bersyukur memiliki suami yang memahami. Kalau dulu saya terpaksa hadapi semua ini sendirian, kini suami jadi ‘mangsa’ terpaksa hadap dan melayan masalah saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Sekadar info, Shila dan suaminya Muhammad Ubaidillah atau Ubai telah mendirikan rumah tangga pada 25 Ogos tahun lepas. Sebelum ini Shila pernah bernikah dengan Haris Idraki Elias sebelum bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan, Shila dikurniakan anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.

syada amzah
10 months ago

Syada Amzah Sudah Berjumpa Shila, Akhirnya Dapat Lepas Rindu - "Adik Beradik Ni 'Panas' Sekejap, Bila Jumpa Elok Balik"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...