“Dulu Saya Susah, Sekarang Bahagia” – Serik Dianiaya Di Malaysia, Kini Individu Ini Jadi ‘Big Boss’ Di Pakistan

Kehidupan

“Dulu Saya Susah, Sekarang Bahagia” – Serik Dianiaya Di Malaysia, Kini Individu Ini Jadi ‘Big Boss’ Di Pakistan

Dapat dilihat di TikTok seorang pengguna bernama Ahmad Isa, seorang lelaki warga Pakistan menceritakan kisah dukanya sewaktu bekerja di Malaysia.

Serik jadi mangsa di Malaysia

Melalui luahan lelaki Pakistan itu, dia berpindah semula ke negara asal kerana sudah serik menjadi mangsa samun ketika sedang mencari rezeki di Malaysia.

Advertisement

Dulu saya kerja dekat Sogo, Kuala Lumpur. Saya bekerja di sebuah kedai fabrik di sana. Saya balik ke Pakistan semula sebab dekat sana (Malaysia) orang pukul saya.

@ahmad.bin.isa DULU KENA PUKUL, SEKARANG JADI BOS 🇵🇰 #KayuhanHaji2024 ♬ original sound – Ahmad Isa

Tak ambil hati walaupun dianiaya

Namun begitu, lelaki Pakistan yang bernama Usman itu berkata dirinya sama sekali tidak mengambil hati biarpun sudah dianiaya banyak kali ketika berada di Malaysia.

Bahkan, Usman turut menggunakan perumpamaan lima jari manusia bagi menunjuk sikap manusia yang berbeza-beza.

Tapi sekarang saya pun banyak bahagia, syukur kepada Allah. Sekarang Allah bagi saya bahagia.

Ahmad malu cara layanan warga Malaysia

Sebagai rakyat Malaysia, Ahmad berasa malu dengan sikap warga Malaysia yang melayan warga asing seperti bukan manusia.

Difahamkan dari video itu, Usman kini merupakan majikan yang memiliki lebih 100 pekerja dan juga mempunyai kilang batu bata yang diusahakan di Pakistan dengan harapan mahu menabur bakti buat warga di sana pula.

pekerja bangladesh
3 months ago

"Terasa Merempat Kat Negara Sendiri" - Bantu Keluarkan Duit Di Bank, Pemuda Terkejut Baki Wang Pekerja Bangladesh Lebih RM300K

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...