“Dulu Rasa Benci, Kini Rasa Sayang”, Wanita Ini Tak Sangka Perasaan Berputik Ketika Hulur Bantuan

Trending

“Dulu Rasa Benci, Kini Rasa Sayang”, Wanita Ini Tak Sangka Perasaan Berputik Ketika Hulur Bantuan

benci1.jpg.transformed_0

Jodoh Allah Yang Tentukan

Advertisement

Pasangan pengantin, Mohamad Noreza Sumari dan Nornajihah Maamor sama sekali tidak menyangka mereka akhirnya ke jinjang pelamin.
Pasangan tersebut yang mula mengenal antara satu sama lain sebagai rakan dalam jurusan yang sama ketika menyambung pengajian di politeknik dahulu tidak menyangka mereka akan bergelar suami isteri.

Menurut Mohamad Noreza, mereka dahulunya hanya berkawan biasa di Politeknik Port Dickson. Malah lebih teruk, Noreza berkata dia adalah orang yang paling ‘anti’ dengan Nornajihah. Namun segala-galanya berubah dalam satu peristiwa.

Pada awalnya, saya orang yang paling tidak disukainya. Namun, siapa sangka selepas bantuan yang dihulurkan ketika Nornajihah berpindah rumah berjaya mengubah perasaan benci kepada suka.

Selepas tiga semester dia tidak menyukai saya, akhirnya pintu hatinya terbuka dan menerima untuk berkawan sekali gus menjadi pasangan kekasih,” katanya lapor Harian Metro.

Mohamad Noreza yang berasal dari Johor bernikah dengan Nornajihah dari Negeri Sembilan pada 3 Disember 2015.

Pasangan itu diraikan di majlis persandingan sebelah pihak perempuan pada 5 Disember 2015.

Bertambah lengkap apabila majlis disempurnakan dengan pemberian cenderahati kepada tetamu yang turut mengandungi pisang salai istimewa daripada Wak Sumari Homemade.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...