Dulu Pulun Ambil ‘Order’ Sampai Dapat RM7,000 Sebulan Tapi Sekarang ‘Rider’ Ini Susah Dapat Kerja Lepas Disahkan ‘Slip Disc’

Kehidupan

Dulu Pulun Ambil ‘Order’ Sampai Dapat RM7,000 Sebulan Tapi Sekarang ‘Rider’ Ini Susah Dapat Kerja Lepas Disahkan ‘Slip Disc’

Tidak dinafikan, di zaman ekonomi yang mencabar ketika ini ramai yang terpaksa melakukan lebih daripada satu kerja dan ada juga yang bekerja lebih masa sehingga tidak cukup rehat.

Namun, beringatlah semua untuk tidak mengabaikan kesihatan masing-masing kerana apa yang utama adalah untuk kita mempunyai tubuh badan yang sihat.

Advertisement

Kisah dikongsikan seorang individu ini di dalam satu group di Tragedi Apa Hari Ini di Facebook tentang penghantar makanan boleh dijadikan iktibar untuk kita.

Ceritanya, ‘rider’ tersebut sebelum ini mampu bekerja berjam-jam dan mendapat upah yang lumayan namun semuanya berubah selepas dia terkena penyakit ‘slip disc’.

food rider

Sebelum ini dia mampu meraih pendapatan mencecah RM5,000 sehingga RM7,000 setiap bulan. Tetapi disebabkan kerja selama 12 jam setiap hari dan tidak cukup rehat, ‘rider’ itu kini pasrah selepas menderita sakit ‘slip disc’. 

Kawan saya sebulan income RM5k-7k … Lepas kena slip disc sehari 12 jam cedok terduduk dekat rumah sepanjang hari.

Kini, dia terpaksa reda hidup tanpa pendapatan kerana terlantar di rumah disebabkan penyakit dialaminya itu.

Usaha untuk mendapatkan kerja tetap juga gagal kerana dia sering ditolak syarikat gara-gara sakit itu dan lebih menyedihkan, dia tidak boleh menuntut bantuan PERKESO kerana tidak mencarum secara peribadi sepanjang bekerja sebagai ‘rider’ sebelum ini.

slip disc

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Rider OKU diejek
5 months ago

"Saya 'Alergik' Dengan Golongan Ni" - Wanita Enggan Terima Minuman Dihantar 'Rider' OKU Dengan Alasan Kotor Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...