“Dulu Power, Sekarang..” – Duit Singapura Dikhabarkan Semakin Lemah?

Gaya Hidup

“Dulu Power, Sekarang..” – Duit Singapura Dikhabarkan Semakin Lemah?

Boleh dikatakan, sepanjang beberapa tahun ini, Singapura tampil sebagai negara Asia Tenggara yang mempunyai nilai mata wang yang paling kukuh jika hendak dibandingkan dengan yang lain.

Bagaimanapun, zaman kegemilangan duit Singapura ini difahamkan tidak akan dapat bertahan lama.

Advertisement

Melalui laporan FMT, beberapa faktor ekonomi mula memberi tekanan kepada ekonomi Singapura, di mana pertumbuhan ekonomi yang semakin perlahan dan kadar inflasi yang kian reda.

Dolar Singapura hampir cecah had maksimum, pakar ramal nilai mungkin menurun?

Tak seperti negara lain yang guna kadar faedah untuk kawal dasar kewangan, Monetary Authority of Singapore (MAS) guna kadar pertukaran mata wang sebagai alat utama mereka dan sekarang, nilai SGD dikatakan sekitar 1.1% lebih tinggi daripada paras dasar yang sepatutnya.

singapura

Menurut Philip Wee, penganalisis kanan dari DBS Bank, nilai SGD sepatutnya lebih dekat dengan paras pertengahan, sebab ramalan ekonomi dan inflasi negara pun dah diturunkan.

Kalau ekonomi perlahan dan inflasi rendah, biasanya dasar kewangan akan dilonggarkan.

Berlaku ketengangan perdagangan global memuncak

Untuk rekod, Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Singapura, baru-baru ini, turunkan jangkaan pertumbuhan KDNK untuk 2025 kepada antara 0% hingga 2% sahaja dan antara puncanya adalah ketegangan perdagangan global yang makin memuncak.

Lebih menarik, MAS juga dah kurangkan sasaran inflasi teras, membuka ruang kepada pelonggaran dasar kewangan dan sekaligus beri tekanan ke bawah kepada nilai SGD.

singapore dollar

Menurut Moh Siong Sim dari Bank of Singapore, data eksport bukan minyak yang bakal diumum Jumaat ini mungkin beri petunjuk awal sama ada ekonomi Singapura mula rasa kesan dari konflik perdagangan antarabangsa.

bendera india
6 days ago

Jangan Ambil Risiko! Rakyat Malaysia Diminta Tangguhkan Perjalanan Ke India, Ini Sebabnya..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : FMT

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...