“Dulu Muka Pecah Macam Saya Boleh Jadi Hero” – Rosyam Nor Dedah Kini Ramai Nak Lihat Hero Berwajah Korea

Hiburan

“Dulu Muka Pecah Macam Saya Boleh Jadi Hero” – Rosyam Nor Dedah Kini Ramai Nak Lihat Hero Berwajah Korea

Pelakon, penerbit dan usahawan, Datuk Rosyam Nor berpendapat yang penonton di Malaysia ketika ini sudah tidak berminat dengan berwajah sepertinya.

Rosyam Noor
3 years ago

Rosyam Noor Luah Rasa Syukur, Akhirnya Timang Cucu Lelaki

Advertisement

Kemunculan hero berwajah ‘jambu’ dan kurang ‘jantan’ adalah disebabkan peredaran trend semasa penonton yang terpengaruh dengan drama-drama dari Korea Selatan.

Zaman dahulu, muka ‘pecah rumah’ macam saya boleh jadi hero dan sebab itulah nampak muka jantan.

Menurut Rosyam, wajah-wajah yang berbentuk Korea lebih diminati sekarang ini dan fesyen zaman kini tidak sama seperti zamannya dahulu.

Rosyam turut memaklumkan yang zaman sekarang ini orang tidak berminat dengan wajah hero sepertinya kerana pemikiran mereka telah dijajah oleh pengaruh Korea.

Rosyam Nor

Dalam pada itu, Rosyam turut mengulas kenyataan pelakon Faizal Hussein yang mengakui industri seni tanah air kini kekurangan pelakon lelaki yang memiliki sifat kejantanan.

Tidak menafikan kenyataan Faizal, Rosyam turut bersetuju yang zaman sekarang ini lebih ramai pelakon ‘adik-adik’ dan sangat berbeza dengan zamannya.

Sekadar info, Rosyam ditemui pada majlis pelancaran Program Perintis Usanita – Penjenamaan dan Pendigitalan Bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pada Selasa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...