Dulu Mengidam Kahwin Atas Kapal, Uyaina Arshad Dan Raja Syahiran Kini Mahu Majlis Ringkas Dan Intim

Hiburan

Dulu Mengidam Kahwin Atas Kapal, Uyaina Arshad Dan Raja Syahiran Kini Mahu Majlis Ringkas Dan Intim

Pelakon dan juga personaliti TV, Uyaina Arshad dan tunang, Raja Syahiran mengakui mereka masih di dalam proses perbincangan bagi menetapkan tarikh perkahwinan yang sesuai berikutan negara masih berada dalam musim wabak COVID-19.

Ujar Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, dia dan Syahirah mengimpikan sebuah majlis yang ringkas dan intim untuk meraikan hari bahagia mereka berdua bersama tetamu jemputan.

Advertisement

Cerita pelakon drama Love Elsa ini lagi, pada mulanya dia memiliki hasrat untuk berkahwin di atas kapal yang berkonsepkan mewah namun setelah meningkat dewasa, dia hanya inginkan majlis yang ringkas, intim dan merasakan tempoh pandemik ini adalah waktu terbaik.

Persiapan itu memang ada, cuma dalam waktu dan keadaan yang bagaimana, itu akan dibincangkan. Tarikh pun masih pilih-pilih sebab semuanya bergantung pada keadaan.

Perkembangan terkini, Uyaina kini muncul dalam filem terbaru berjudul Siapa Tutup Lampu? di mana dia membawakan watak Azie di dalam naskah bergenre seram tersebut.

Malah, dia juga berkesempatan untuk melakonkan beberapa babak di dalam bilik mayat dan merasakan ia sebagai sebuah pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

Filem Siapa Tutup Lampu? ini juga dibintangi pelakon hebat lain seperti Naim Daniel, Azizul Ammar, Ismi Melinda, Afieq Shazwan dan ramai lagi.

Diarahkan oleh Aliff Ihsan Rahman, filem ini sudah boleh ditonton di saluran Astro First (480).

Uyaina Arshad
2 years ago

Berlakon Di Bilik Mayat, Uyaina Arshad Terpaksa Rahsiakan Daripada Ibu Bapa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...