Penyanyi yang terkenal dengan jolokan ‘King of OST’, Ippo Hafiz kembali dengan runut bunyi terbaru yang bakal keluar tidak lama lagi berjudul ‘Sampaikan Rindu’.
Ketika ditemu bual, Ippo berkata lagu tersebut akan menjadi OST bagi drama baru yang akan ditayangkan tidak lama lagi, Seindah Hujan Cinta lakonan Nelydia Senrose, Yusuf Bahrin dan Ezzanie Jasny.
Nak start ‘fresh’, akan tunjuk jiwa sebenar
Tambah Ippo, dia kini kembali fokus dengan kerjaya dan mahu melupakan episod hitam yang berlaku dalam kehidupannya sebelum ini serta enggan mencampurkan urusan kerja dan peribadinya.
Saya harap peminat di Malaysia mendoakan saya kerana saya akan tunjukkan jiwa saya yang sebenar. Pada tahun 2026 juga, saya akan lancarkan album dan projek baru, insyaAllah.
‘Target’ golongan Gen Z
Tidak mahu berkongsi banyak kerana mahu peminat nantikan projek terbarunya, penyanyi berusia 36 tahun itu bagaimanapun memberi sedikit bayangan bahawa karya akan datang ini lebih ‘fresh’ dan memberikan nafas baru.
Projek baru ni, saya target golongan Gen Z. Dulu dulu, lagu-lagu saya banyak yang galau kerana waktu itu muzik sebegini belum diterima.
Dalam pada itu, Ippo turut berkongsi dia menyimpan impian untuk bekerjasama dengan komposer terkenal, Dato M Nasir dan penyanyi, Aina Abdul.
Ippo juga akui menyukai karya pemuzik Indonesia dan mengimpikan kerjasama bersama komposer dari negara itu, Tohpati.
Kerana muzik menyatukan kita semua. Saya juga ada buat lagu untuk Tajul dan Khai Bahar. Nantikan.
Malah, lagunya yang berjudul Terlalu Cinta juga menjalani sesi rakaman sepenuhnya di Jakarta dan menjadi runut bunyi untuk drama Dzikir.