“Dulu Kutuk Neelofa, Sekarang Kau Pulak..” Susulan Buka Tudung, Sarah Hildebrand Dikecam Netizen

Hiburan

“Dulu Kutuk Neelofa, Sekarang Kau Pulak..” Susulan Buka Tudung, Sarah Hildebrand Dikecam Netizen

Kecoh dua tiga lepas mengenai isu pelakon Sarah Hildebrand mengambil keputusan untuk tidak bertudung setelah berhijrah sebelum ini.

Setelah menerima banyak kritikan, kali ini Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 30, dipalit mesej negatif daripada netizen berikutan dengan penghijrahan Neelofa yang kini berniqab.

Advertisement

Manakan tidak, netizen mula membuka cerita lama iaitu ketika Neelofa melancarkan produk tudungnya yang terbaru di Zouk suatu ketika dahulu, Sarah merupakan salah seorang yang lantang mengkritik perkara tersebut sehinggakan membuat IG Live di laman Instagram miliknya.

Menurut Sarah, dia telah menerima pelbagai mesej negatif dan mengambil keputusan untuk memberi respon terhadap perkara itu.

“Saya menerima banyak mesej seperti ini. Untuk anda yang mengikuti saya sama ada ikhlas atau tidak..ini adalah contoh tentang sesuatu yang tak boleh dikatakan pada seseorang. Jangan jadi macam ni. Ini bukan contoh yang baik dan saya tak mahu ada antara anda menjadi terrlalu rendah sebegini (moral). Sekiranya peminat saya bersikap seperti ini, saya akan berasa malu,”

Dia dilihat telah meluahkan perasaan tersebut menerusi ruangan Instastory miliknya baru-baru ni.

Dalam pada itu, dia turut memuat naik tangkap layar beberapa kritikan dan cemuhan yang diterimanya untuk tatapan umum.

Mengimbas kembali, suami kepada Sarah iaitu Otto memuat naik persetujuan dan menyokong apa segala keputusan yang diambil Sarah di samping memuat naik foto isterinya yang sudah tidak berhijab.

Sarah dan Otto yang merupakan jejaka berdarah kacukan Filipina dan Amerika Syarikat telah mendirikan rumah tangga pada 3 November tahun lalu.

Sumber : mstar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...