Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook berkongsi kisah tentang dirinya berhijrah ke negara Singapura untuk mencari rezeki demi masa depan yang lebih baik.
Dulu pensyarah, kini cleaner
Difahamkan daripada hantaran yang dimuat naik, lelaki terbabit merupakan seorang pensyarah di sebuah IPTS tetapi meninggalkan kerjaya tersebut, lalu memilih untuk jadi tukang cuci.
Antara sebab dia membuat keputusan seperti itu kerana tertekan dengan peningkatan kos sara hidup serta bebanan kewangan yang lain.
Gaji pensyarah lagi sikit daripada gaji cleaner
Katanya dalam hantaran yang dimuat naik, sepanjang menjadi tenaga pengajar di IPTS selama lima tahun, gaji terakhir yang diterima hanyalah RM1900 saja.
Biarpun ketika berhijrah ke Singapura dan memilih pekerjaan yang tidak glamor seperti di Malaysia, gaji yang diterima 10 kali ganda lebih banyak jika hendak dibandingkan.
Jalan pintas keluar daripada masalah kewangan
Individu terbabit tidak menafikan jalan pintas berhijrah ke sana merupakan salah satu untuk atasi masalah kewangan dan menasihati orang ramai yang sedang alami masalah terbabit untuk berani berhijrah.
Buntu hutang berpuluh ribu, ni je la jalan pintas korang ada. Gaji pertama pun dah boleh bayar macam-macam. Korang takkan menyesal.