Rezeki itu dari Allah. Tidak kira dimana kita berada atau apa pekerjaan kita, selagi ada usaha selagi itu pintu rezeki sentiasa akan terbuka.
Itu pengajaran yang kita boleh perolehi dari kisah seorang bapa yang telah diberhentikan perkhidmatannya dari sebuah syarikat penerbangan, namun ia tidak menjadikan sebagai penghalang malah sebagai sumber mencari rezeki dengan cara lain buat keluarganya.
Zullifan Che Din baru sahaja memulakan tugasnya sebagai pemandu teksi beberapa hari yang lalu.
Difahamkan, sebelum ini dia berkhidmat sebagai seorang kru penerbangan.
Kisah Zullifan diviralkan oleh anaknya, Mohd Zulhelmi di akaun Facebooknya sebagai satu inisiatif untuk membantu bapanya mendapat lebih ramai penumpang.
Empat hari bekerja sebagai pemandu teksi, kisah kecekalan Zullifan kini telah tersebar secara meluas di laman sosial sekaligus menjadikan orang ramai yang mengetahui kisah ini kagum.
Lebih mengujakan, Zulhelmi turut memberikan ‘kupon’ kepada orang yang membaca kisah ini untuk mendapat potongan sekiranya menaiki teksi dengan bapanya.
“Kalau guna promo code “ELMI HANDSOME”, Abah kata harga dekat meter dikurangkan sikit ikut budi bicara Abah waktu itu.”, tulis Zulhelmi.
Status di akaun Facebook Zulhelmi telah menerima lebih 3,000 perkongsian dengan lebih 21 ribu likes.
Perkongsian dari akaun Facebook Zulhelmi :
Lepas hampir setahun diberhentikan MAS, dua hari lepas Abah mulakan kerjaya baru sebagai pemandu teksi.Kalau ada siapa-siapa yang duduk area Nilai/Sepang atau sewaktu dengannya memerlukan teksi yang pemandu dia layan macam dalam flight MAS, boleh booking siap-siap dekat booking agent Abah, 0122710040 (aku).
Kalau guna promo code “ELMI HANDSOME”, Abah kata harga dekat meter dikurangkan sikit ikut budi bicara Abah waktu itu.
P/S: Abah tak nak bawak Uber. Jangan tanya kenapa.