“Dulu Kemain Nangis Pakai Tudung!” – Pakai Baju ‘Melekap’ Di Badan, ‘Influencer’ Disindir Tak Malu

Kehidupan

“Dulu Kemain Nangis Pakai Tudung!” – Pakai Baju ‘Melekap’ Di Badan, ‘Influencer’ Disindir Tak Malu

Walaupun tidak menceburi bidang hiburan, nama influencer, Sasha Abdul Aziz sering menjadi tumpuan ramai kerana sering kali berkongsikan aktiviti harian seperti penjagaan penampilan diri dan juga kesihatan.

Baru-baru ini, influencer yang juga merupakan seorang usahawan terbabit ada memuat naik satu video di laman TikTok berkongsikan rahsia perut kempis biarpun sudah bersalin dua orang anak.

Advertisement

Dapat dilihat dalam video berkenaan, Sasha seronok menari sambil memakai pakaian ketat hingga menampakkan bentuk tubuh badannya hingga terima komen negatif daripada netizen.

Cara pemakaian didakwa melampaui batas serta tidak melambangkan seperti wanita beragama Islam, malah merasakan dia tidak perlu memakai pakaian tersebut kepada umum.

Dalam pada masa yang sama, ramai berkata ia adalah ujian buat Sasha pada ketika ini dan ramai memintanya untuk kembali ke jalan Allah S.W.T.

komen netizen

komen netizen

Sebelum ini difahamkan, Sasha pernah memuat naik satu video di media sosialnya memberitahu bahawa dia telah tergerak hati untuk memakai hijab setelah pulang dari menunaikan Umrah di Tanah Suci sambil menangis.

Tetapi kurang daripada setahun, influencer terbabit kembali semula tidak memakai tudung kerana merasakan tidak menjadi diri sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Watie Hana
1 year ago

"Beli Kasut Mewah Boleh Pula.." - 'Liat' Bayar Hutang, Hana Hairan Watie Elite Hidup Mewah Tapi Ingkar Perintah Mahkamah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...