Meskipun sehingga kini masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung status hubungan mereka namun usahawan View Chin dan Mira dilihat sering membuat konten bersama-sama.
Konten mereka kini berkisarkan tentang sketsa seperti suami isteri dan berdasarkan hantaran dimuat naik, View Chin dan Mira sering merakamkan video di sebuah rumah.
Terbaru, video dikongsikan di akaun TikTok View Chin mencuri perhatian apabila dia dan Mira melakukan sketsa tentang kehidupan suami isteri.
Menerusi hantaran itu, Mira sedang bernyanyi sambil melakukan beberapa kerja rumah seperti membasuh baju, pinggan dan mengelap meja makan.
Sambil melakukan kerja tersebut, Mira menyanyikan lirik mengatakan kerja yang dilakukan isteri tidak kira masa tanpa cuti namun tidak dibayar gaji.
Tak punya gaji, tak punya cuti. Itu isteri. Kerja dari pagi sampai petang hari, itu isteri. Cuci, cuci. Susahnya jadi isteri View Chin.
View Chin pula dilihat membawa watak suami yang terpinga-pinga melihat telatah ‘isteri’ membuat kerja sambil menyebut lirik sindiran begitu.
@viewchin_view Siapa ckp mira ni pandai nyayi punya #miranyayi #viewchin #viewchinmira #tikotker #lawak #viewchin #viewmedia #viewteam #fyp ♬ original sound – VIEW Chin
Hantaran tersebut mencuri perhatian netizen yang terhibur dengan lakonan pasangan itu dan ramai isteri pula memahami maksud lirik dinyanyikan Mira.
Terima kasih sebab buatkan lagu untuk para isteri.
Dalam pada itu, segelintir netizen dilihat menyindir Mira kerana ‘mengeluh’ perlu melakukan kerja rumah sedangkan dahulu dia yang mahukan View Chin.
Aik dah start complain ke jadi isteri?
Nampaknya sekarang ramai suka dengan konten Mira meskipun pada awalnya dia menerima kecaman hebat gara-gara isu kecurangan View Chin bersamanya.
Biasalah, orang Malaysia kan pemaaf.