Pelakon sensasi, Zul Arifin terpaksa melupakan hasratnya untuk menyambut puasa pertama tahun ini di Tanah Suci kerana komitmen kerja yang padat.
Walau bagaimanapun, menurut HibGlam, dia tetap mengintai peluang untuk ke Tanah Suci untuk musim haji tahun ini sekiranya menerima jemputan.
Pada asalnya nak sambut puasa pertama di sana tapi saya ada set penggambaran pula.
Ada juga perancangan nak meraikan Hari Raya Aidilfitri di Tanah Suci tapi kalau saya pergi, agak kelam-kabut juga sebab perlu masuk kelas latihan yang melibatkan projek filem.
Saya juga ada tengok-tengok untuk musim haji tahun ini sebab adalah juga angan-angan itu. Manalah tahu terima jemputan, itu pun kalau ada.
Pelakon itu turut berkata, Tanah Suci menjadi lokasi pertama yang dituju sekiranya mempunyai tempoh cuti yang panjang.
Dulu laut tetapi sekarang memang kalau cuti saya akan sasar ke Tanah Suci sahaja, mungkin sebab usia pun sudah bertambah.
Bila ada masa memang akan ke sana dan selalunya saya pergi seorang diri sahaja.
Adakalanya pergi sekejap untuk tunai umrah dalam tempoh lima hari pun okey sahaja. Siapa yang tak mahu pergi, tapi terikat dengan komitmen kerja. Tempat lain kalau orang ajak saya mungkin tolak tetapi Tanah Suci, tak akan kata tidak.
Terdahulu, sekitar tahun 2022, Zul pernah memberitahu nekad berhijrah dan menetap di Mekah bermula Januari 2023 bagi memulakan perniagaan di sana.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.