Selalu kisah berkahwin dengan jarak umur yang jauh sering terjadi di Malaysia, namun kali ini di negara jiran iaitu Indonesia juga berlaku perkara sama.
Baru-baru ini, kisah pernikahan pasangan suami isteri di Lombok, dimana jarak umur yang boleh dikatakan sangat jauh menjadi bualan orang ramai.
Difahamkan, pasangan lelaki berumur 52, manakala si isteri pula baru berusia 17 tahun. Bagaimanapun, pasangan tersebut langsung tidak kelihatan kekok apabila bersama.
Apabila ditemubual, lelaki terbabit mengakui pernah berkahwin sebanyak lima kali sebelum ini, namun perkahwinan tidak dapat kekal lama kerana bekas isteri minta untuk berpisah.
Saya sudah kahwin dengan 3 orang janda, 2 orang anak dara. Sekarang saya tutup dengan seorang perawan.
Untuk perkahwinan bersama wanita muda ini, lelaki terbabit memberitahu mereka hanya berkenalan selama 8 hari saja sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Dalam pada itu, lelaki berusia ini sempat berharap agar perkahwinan bersama isteri muda tersebut berkekalan hingga ke akhir hayat dan merupakan perkahwinan terakhirnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.