Dulu Jual 40,000 Unit Album Dikira Gagal, Slam Anggap Penyanyi Sekarang Buat Lagu Untuk ‘Views’ Semata

Hiburan

Dulu Jual 40,000 Unit Album Dikira Gagal, Slam Anggap Penyanyi Sekarang Buat Lagu Untuk ‘Views’ Semata

Kumpulan muzik terkenal sekitar tahun 90-an, Slam mengakui penerbitan lagu-lagu masa kini sangat jauh berbeza jika ingin dibandingkan dengan situasi zaman dahulu.

Zamani Slam
3 years ago

Zamani Tak Mahu Sakit Jadi Alasan, Azam Beri Aksi Terbaik Di Konsert Slam Mentari Muncul Lagi

Advertisement

Menganggap lagu-lagu yang diterbitkan kala ini sebagai kurang dekat dengan pendengar, Slam merasakan lagu-lagu nyanyian kumpulan ataupun penyanyi sekitar 90-an menjadi malar segar kerana mereka lebih teliti dalam segala hal berkaitan penerbitan lagu dan album.

Kumpulan Slam

Kami rasa lagu-lagu lama mampu menjadi karya malar segar dan mampu bertahan sehingga sekarang. Lagu Slam bukan dibuat sekadar buat. Sebagai contoh, Zamani nak rakam vokal ambil masa 5 jam.

Meletakkan usaha 100 peratus ketika proses pembikinan lagu, pembabitan Slam dalam bidang muzik pada waktu itu adalah kerana minat yang mendalam sekaligus mereka tidak pernah patah semangat jika kurang mendapat sambutan dalam kalangan peminat.

Ujar Shah selaku salah seorang wakil kumpulan Slam yang ditemui pada Sidang Media Konsert Slam Mentari Muncul lagi yang diadakan baru-baru ini turut menyuarakan pendapat mengenai kebanyakan penyanyi baru yang diibaratkan bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

“Orang sekarang buat lagu nak views sahaja. Mungkin sebab itu mereka susah ingin bertahan.” ujar Shah lagi.

Ceritanya lagi, penjualan album Slam ketika awal kemunculan adalah 40,000 unit namun pada ketika itu, ia dikira gagal dan sedikit bilangannya kerana persaingan sengit dalam industri muzik pada ketika itu.

Perkembangan terkini, kumpulan Slam bakal muncul dengan konsert terbaru yang diberi nama Slam Mentari Muncul Lagi yang dijangka berlangsung pada 12 Februari 2022 bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...