“Dulu Hitam, Selekeh, Tak Lawa”, Netizen Kecam Lelaki ‘Downgrade’ Bakal Tunang Dengan Kisah Lama

Trending

“Dulu Hitam, Selekeh, Tak Lawa”, Netizen Kecam Lelaki ‘Downgrade’ Bakal Tunang Dengan Kisah Lama

Memang sekarang ni ramai yang suka buat ‘thread’ di laman Twitter berkongsi tentang macam-macam cerita. Tapi yang ini mungkin ada beberapa netizen yang kurang senang dengan perkongsian lelaki ini.

Huzairie Yahya berkongsi di Twitter pertemuannya dengan bakal tunangnya setahun lalu. Yang menjadi masalahnya, perkongsiannya ini dikatakan seperti menghina teman wanitanya pun ada.

Advertisement

“Aku nak kongsi sedikit macam mana aku kenai dgn dia waktu dia hitam, tak lawa dan agak selekeh.”

Rasanya mungkin ayat yang digunakan tak berapa nak sesuai, itu yang bunyinya dah macam mengutuk teman wanita sendiri. Jadi bila dah banyak kali diulang-ulang rasa macam tak patut pula.

“Okay start, masa bulan ogos tahun lepas 2018. Aku ada tengok sorang perempuan ni dok DM aku, aku time tu nak reply pun macam nak tak nak ja. Bila fikir balik, kesian pun ada”

“Time aku jumpa tu dia tak lawa, biasa biasa ja, pastu gemok. Make up pun so so ja. Tapi aku fikir positive, Allah nak uji aku dari segi luaran seseorang tu. And ya aku layankan juga hati aku ni”

“Time ni dia dah pandai makeup, dressing lawa lawa, dah tak gemok, dah tak hitam”

Kalau tengokkan dalam perkongsiannya ini memang banyak penggunaan ayat ‘tak lawa, hitam, gemuk’ seolah olah macam hina sangat teman wanitanya dulu ini. Netizen juga menasihatkan supaya tidak membanding-bandingkan penampilan seseorang.

Rasanya kalau dah dapat banyak kecaman negatif macam ini lebih baik padam sahaja lah perkongsian tu. Bukan apa, air muka teman wanita itu pun kena jaga juga kan.

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...