“Dulu Hidup Susah, Mat Nuart Banyak Bantu..” – MUA Bellaz Kenang Jasa Suami, Kongsi Detik Awal Perkenalan

Kehidupan

“Dulu Hidup Susah, Mat Nuart Banyak Bantu..” – MUA Bellaz Kenang Jasa Suami, Kongsi Detik Awal Perkenalan

Jurusolek terkenal, MUA Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini, mengimbas kembali detik manis ketika ibunya menerima suaminya, Anuar Ahmad (Mat Nuart) sebagai menantu, hasil keikhlasan dan sifat pemurah lelaki itu sejak awal perkenalan mereka.

Dalam satu hantaran di Instagram, Bellaz mendedahkan bahawa Mat Nuart bukan sahaja rajin, tidak berkira, malah sanggup membantu keluarganya sewaktu mereka dalam kesusahan  termasuk menyediakan keperluan harian seperti beras dan barang dapur.

Advertisement

Cinta beras cap Rambutan, teruih mak mentua berkenan amik buat menantu. Bagus lah selalu datang hantar beras, minyak, barang dapur dekat keluarga Bellaz.

Bagi adik-adik Bellaz makan semua. Maunya saya tak jatuh cinta dekat Mat Nuart. Waktu dulu keluarga saya, ya Allah tak tahulah nak cakap macam mana.

Bellaz turut berkongsi kisah kepayahan hidupnya sewaktu membesar, sehingga sekampit beras pun dianggap sesuatu yang amat berharga.

Tambah Bellaz lagi, kerana kesusahan itu, dia sanggup bekerja dua pekerjaan dalam sehari demi memastikan adik-adiknya tidak kelaparan.

Dulu kalau tiap kali nak makan, saya akan pergi beli beras yang timbang kilo itu setengah kilo, habuan bagi makan adik-adik, mak. Adik-adik kecil lagi, satu hari dua kerja saya buat sebab nak dapatkan duit untuk makan setiap hari.

Pertemuan dengan Mat Nuart nyata membawa sinar dalam hidupnya dan keluarganya.

“Selepas kenal dan jumpa dengan Mat Nuart, dialah yang banyak membantu beli keperluan untuk keluarga saya. Terima kasih Mat Buart atas segalanya,” tulisnya penuh penghargaan.

Perkongsian menyentuh hati ini meraih pelbagai reaksi positif daripada para pengikut, yang memuji ketabahan Bellaz serta keikhlasan cinta Mat Nuart yang hadir bukan sekadar untuk dirinya, tetapi juga keluarganya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kieda crepe janji nak jaga mak
40 mins ago

Kieda Crepe Luah Rasa Hati, Janji Nak Lindungi Ibu - "Teruslah Membenciku Wahai Dunia"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...