“Dulu Hensem, Sekarang Kunyit” – Hael Husaini Akui Makin Yakin Bergaya, Netizen Tak Boleh Terima

Hiburan

“Dulu Hensem, Sekarang Kunyit” – Hael Husaini Akui Makin Yakin Bergaya, Netizen Tak Boleh Terima

Sedia maklum, penampilan penyanyi hebat, Hael Husaini sering menjadi perhatian hingga ada yang menyamakan cara pemakaian dia sekarang ini seperti artis Korea atau digelar sebagai ‘Oppa’.

Sedar menjadi perhatian atas perubahan penampilannya, Hael memberitahu tujuan dia menukar gaya kerana ingin mencari kelainan dalam fesyen.

Advertisement

Dalam pada masa yang sama, penyanyi berusia 34 tahun itu mengakui kini pakaiannya diurus oleh syarikat yang mempunyai tatarias profesional dari luar negara.

Kalau dahulu mungkin saya sedikit kekurangan ilmu mengenai penampilan diri, sekarang ini pihak pengurusan telah tetapkan orang yang khusus untuk perubahan ini.

Biarpun sudah mengakui penampilannya dijaga oleh stylish profesional, netizen masih tetap tidak boleh terima kerana merasakan Hael terlalu mencuba untuk samakan dirinya dengan artis Korea dan tidak mempunyai identiti sendiri.

komen netizen

komen netizen

Malah, netizen juga berpendapat Hael yang dahulu lagi ‘hensem’ serta mempunyai imej maskulin lelaki Melayu dari dirinya yang sekarang ini.

Bagi perkembangan lain, penyanyi lagu Kelentang Kelentong itu juga akan mengadakan persembahan solo konsert di Zepp, Kuala Lumpur pada tanggal 4 Disember 2022.

2 years ago

"Lain Macam.." - Tinggalkan Komen Di IG Pelakon Thai 'G*y', Hael Husaini Jadi Bualan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...