Sedia maklum, penampilan penyanyi hebat, Hael Husaini sering menjadi perhatian hingga ada yang menyamakan cara pemakaian dia sekarang ini seperti artis Korea atau digelar sebagai ‘Oppa’.
Sedar menjadi perhatian atas perubahan penampilannya, Hael memberitahu tujuan dia menukar gaya kerana ingin mencari kelainan dalam fesyen.
Dalam pada masa yang sama, penyanyi berusia 34 tahun itu mengakui kini pakaiannya diurus oleh syarikat yang mempunyai tatarias profesional dari luar negara.
Kalau dahulu mungkin saya sedikit kekurangan ilmu mengenai penampilan diri, sekarang ini pihak pengurusan telah tetapkan orang yang khusus untuk perubahan ini.
Biarpun sudah mengakui penampilannya dijaga oleh stylish profesional, netizen masih tetap tidak boleh terima kerana merasakan Hael terlalu mencuba untuk samakan dirinya dengan artis Korea dan tidak mempunyai identiti sendiri.
Malah, netizen juga berpendapat Hael yang dahulu lagi ‘hensem’ serta mempunyai imej maskulin lelaki Melayu dari dirinya yang sekarang ini.
Bagi perkembangan lain, penyanyi lagu Kelentang Kelentong itu juga akan mengadakan persembahan solo konsert di Zepp, Kuala Lumpur pada tanggal 4 Disember 2022.