Dahulu resort ini pernah tular kerana kecantikan dan vibe yang dibawa kerana disamakan seperti kebanyakan pusat peranginan di Bali, Indonesia.
Tidak kira bercuti bersama keluarga mahu pun pasangan suami isteri yang mahu berbulan madu, Villa Danialla Beach Resort dipenuhi pengunjung bukan sahaja rakyat tempatan tetapi juga pelancong dari luar negara.
Villa Danialla yang dahulunya gah dan antara pusat pelancongan yang tercantik di Kelantan kini tidak ubah seperti ‘rumah hantu’.
Anak tak dapat teruskan legasi ibu
Pusat pelancongan ini dimiliki oleh Allahyarham Datuk Siti Hamidah Hamat dan kemudian diteruskan oleh anak perempuannya, Datin Seri Haflin Nazri Aziz, 39, yang memegang jawatan Pengarah Urusan Villa Danialla Beach Resort.
Dalam temu bual pada Mac 2022, Haflin yang juga isteri kepada Datuk Seri Nazri Aziz berkata dia bersedih kerana tidak dapat meneruskan legasi arwah ibunya disebabkan pelbagai kekangan.
Disebabkan itu, Villa Danialla terpaksa dilepaskan dan ketika itu dijual pada harga RM24 juta kepada pembeli potensi yang berminat dan mampu meneruskan legasi.
“Kerana itu saya mahu mencari pembeli yang berpengalaman luas dalam menguruskan resort kerana tidak mahu ia terhapus begitu sahaja.” kata Haflin.
Macam rumah hantu
Namun, baru-baru ini tular video di TikTok yang dikongsikan seorang individu yang memaparkan keadaan terkini pusat pelancongan tersebut.
Menerusi rakaman itu, individu terbabit telah merakamkan video ketika dia berjalan di sekitar kawasan pusat pelancongan terbabit termasuklah bahagian dewan makan serta kolam renang.
Binaan yang dahulunya megah kini terbiar dan pusat pelancongan yang dahulunya ramai pelancong kini sunyi sepi dengan struktur yang semakin usang.
@yieozuno♬ bunyi asal – MAKEXTALA
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.