Seperti yang ramai ketahui, rumah tangga pasangan selebriti, Farid Kamil dan Diana Danielle kini diuji dengan dugaan yang hampir memisahkan mereka.
Baru-baru ini, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memberi bayangan bahawa hatinya kini sudah tertutup untuk mengenali cinta baharu.
Menerusi video tersebut, pelakon berusia 31 tahun itu dilihat tersenyum manis namun secara tiba-tiba wajahnya bertukar serius.
Meninjau di ruangan komen, seorang pengguna mendakwa keretakan rumah tangga Diana disebabkan terkena sumpahan.
Menurut individu yang merupakan penulis skrip itu, beberapa kru yang terlibat dalam pembikinan telefilem ‘Talak’ seperti pengarah, pelakon Fizo Omar dan termasuk dirinya mengalami penceraian dalam rumah tangga mereka.
Malah, individu itu mendakwa kini sumpahan itu turut terkena kepada rumah tangga Diana yang menjadi watak heroin dalam telefilem tersebut.
Info tambahan, telefilm Talak pernah disiarkan pada tahun 2015 dan melibatkan pelakon, Diana Danielle, Fizo Omar, Hafreez Adam, Reen Rahim, Fadzil Zahari di bawah arahan pengarah, Kas Roshan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.