Media hiburan tempatan hari ini dikejutkan dengan berita permohonan cerai yang difailkan isteri pelakon lelaki Fikry Ibrahim, Khalizah yang khabarnya dibuat sekitar Mei lalu.
Berita itu ternyata menimbulkan pelbagai spekulasi apatah lagi pelakon dan pengacara itu dilihat ada memuat naik foto mesra bersama isterinya itu baru-baru ini.
Malah, media juga ada menerbitkan wawancara bersama Fikry yang menzahirkan rasa senang dengan kehidupannya setelah bergelar suami.
Memetik Gempak, dia kini tidak lagi memikirkan diri sendiri kerana mempunyai amanah untuk dipikul iaitu isteri dan juga keluarganya.
Sepanjang berkahwin pengorbanan terbesar yang saya rasa adalah bila mana saya kena fikir bukan saya seorang sahaja sebaliknya sudah ada isteri.
Sebagai contoh, saya adalah sejenis orang yang berjalan pantas, jadi saya kena ingat ada isteri di belakang.“Kena sentiasa beringat kita hidup ini bukan berseorangan sekarang, kalau dulu kita boleh kata ‘aku dulu’ sekarang ‘kita bersama’, itu dua benda berbeza.
Bagi saya bila berkahwin sememangnya akan membuatkan kita jadi lebih matang. Pengalaman hidup sentiasa berlaku proses perkembangan dan kematangan dari situasi situasi tertentu.
Berita mengenai pemfailan cerai itu kemudiannya menimbulkan pelbagai pertanyaan dalam kalangan peminat terutamanya memandangkan mereka berdua hanya baru empat bulan berumah tangga.
Terdahulu, perkahwinan Fikry bersama Khalizah menjadi tular setelah kedua-duanya bernikah secara tertutup di kampung halaman aktor itu dengan sekali lafaz.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.