Bekas isteri kepada penyanyi Virgoun, Inara Rusli, kembali menjadi perhatian selepas didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga pempengaruh, Wardatina Mawa.
Menurut laporan Detik, pendedahan itu dibuat sendiri oleh Wardatina yang tampil kepada pihak media mendakwa suaminya, Insanul Fahmi, menjalin hubungan sulit termasuk melakukan perbuatan zina dengan seorang pempengaruh berinisial IR, memetik Detik.
“Saya baru melaporkan isu perselingkuhan dan perzinahan suami saya, Insanul Fahmi, dan salah satu public figure inisial IR,” katanya.
Walaupun tidak menyebut nama secara jelas, ramai percaya IR yang dimaksudkan ialah Inara Rusli.
Wardatina berkata dia hanya mengetahui hubungan sulit itu sejak Ogos 2024, namun percaya hubungan antara suaminya dan IR bermula lebih awal, sekitar akhir Julai 2024, ketika mereka menjalinkan kerjasama perniagaan dan kajian projek bersama.
Ketika ditanya mengenai bukti, Wardatina mendakwa pihaknya memiliki bukti kukuh.
“Buktinya ada CCTV. CCTV terkait hubungan mereka.”
Dia turut memaklumkan bahawa kedua-dua pihak telah mengakui hubungan tersebut.
Wardatina menegaskan fokus utamanya sekarang ialah mendapatkan keadilan dan menyerahkan sepenuhnya kepada proses undang-undang.
Kes ini kini menarik perhatian ramai memandangkan Inara sebelum ini pernah melalui kemelut rumah tangga yang hangat dibincangkan di media.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
