Bermula dengan berkongsi resipi sambal sotong, isteri pengarah terkenal Syamsul Yusof nampaknya makin disayangi ramai warganet terutamanya geng ‘mak mak’.
Ramai wanita yang sudah berumah tangga akui suka menonton videonya di TikTok dan turut puji ‘melambung’ Ira Kazar malah pengikutnya makin bertambah pula.
Terbaru, Ira berkongsi pula resipi pasta ‘Gigi Hadid’ dan ruangan komen dipenuhi dengan pujian terhadap wanita yang dulunya dicaci dimaki dan paling dibenci ramai itu.
Walaupun baru berkongsi tiga video masakan, Ira berjaya dapat lebih sejuta tontonan dan pengikutnya di TikTok pula sudah mencecah 75,000 orang.
Ada yang suka mendengar suaranya yang lembut dan segelintir wanita pula memuji kehebatan Ira di dapur serta menggelarnya ‘isteri yang sebenar’.
Namun ada jugalah segelintir warganet yang menyindir Ira pandai mengambil hati netizen selepas teruk dikecam dan dibenci gara-gara kes sondol suami orang tu.
Ada yang bagi sindiran suruh Ira hantar masakan ke rumah ibu bapa Syamsul untuk bagi mentua rasa air tangan menantu.
Ira pula dilihat rajin scroll komen yang banyak itu dan membalas pujian warganet terhadapnya serta turut mengucapkan terima kasih.
Nampaknya, Ira buat ‘comeback’ jadi content creator lah ni? Makin ramai pula peminat.