Bukan mudah apabila ingin mendirikan rumah tangga dengan suami orang lebih-lebih lagi selepas si suami tiba-tiba membuat keputusan untuk menceraikan isteri pertama. Tidak boleh lari daripada persepsi masyarakat yang mengatakan tentulah isteri kedua punca segalanya, itulah situasi yang dihadapi oleh pelakon Izreen Azminda sebelum ini, dikecam dan dicaci serta dilabel sebagai perampas.
Mungkin tertekan dan tidak mahu dirinya dipersalahkan dengan kontroversi yang berpanjangan selama berbulan lamanya, Izreen membuat keputusan untuk menutup ruangan komen di akaun Instagramnya.
Walaubagaimanapun, foto terbaru mereka bersama yang dimuat naik oleh Ude mendapat reaksi yang berbeza sekali. Foto tersebut menunjukkan pasangan ini meluangkan masa bersama anak-anak di sebuah restoran.
Rata-rata netizen memberikan komen yang sangat positif dan mendoakan mereka semua kekal bahagia sehingga ke syurga.
Apa yang berlaku dahulu tidak mungkin akan dapat diubah lagi dan setiap yang terjadi ada hikmahnya. Bak kata pepatah, perkara yang lepas jangan dikenang. Masing-masing sudah ada kehidupan sendiri dan kita mendoakan yang terbaik buat mereka.