“Dulu Dia Baik..” – Angkara Dadah, Lelaki Ditinggal Isteri Dan Anak ‘Pecah Masuk’ Bekas Rumah Sewa

Kehidupan

“Dulu Dia Baik..” – Angkara Dadah, Lelaki Ditinggal Isteri Dan Anak ‘Pecah Masuk’ Bekas Rumah Sewa

Rasanya semua sudah ketahui, jika seseorang itu melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah, hidupnya yang dahulu bahagia boleh berubah menjadi satu penderitaan.

Sama seperti kisah yang dilalui oleh seorang lelaki ini apabila keadaannya berubah 360 darjah setelah dirinya terlibat dengan dadah dan bukan saja keadaan semakin tidak terurus, malah juga hilang tempat tinggal.

Advertisement

Oleh kerana keadaan dia ketika ini, ia mendesak dirinya untuk menceroboh bekas rumah sewanya yang kini tidak berpenghuni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Pihak mStar telah menemubual pemilik rumah terbabit dan wanita itu memberitahu ‘penagih’ tersebut merupakan bekas penyewanya yang dahulu.

Menurutnya, lelaki terbabit menyewa selama setahun bersama isteri dan dua anaknya dan hal rumah sewa sering diurus si isteri, malah duit juga dibayar mengikuti masa yang telah ditetapkan.

Bagaimanapun, setelah setahun menyewa dirumah terbabit, si isteri membuat keputusan untuk tidak menyewa lagi di rumah berkenaan dan lari ke kampung bersama anak-anak.

Memang kasihan tengok dia, dah tidak terurus… berpakaian lusuh dan koyak. Dia sebenarnya penyewa yang baik, tapi selepas terbabit dengan dadah terus berubah.

Tidak tahu punca sebenar keretakkan rumah tangga mereka, tetapi berasa yakin masalah mula timbul setelah lelaki terbabit melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

lelaki perli mak mentua
2 years ago

"Dengan Cucu Pun Berkira.." - Ibu Mentua Minta Upah RM100 Jaga Anak, Lelaki Ini Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...