Dulu Calacara, Kini Scarffeya Pula Jadi Mangsa ‘Pencuri Stok’

Trending

Dulu Calacara, Kini Scarffeya Pula Jadi Mangsa ‘Pencuri Stok’

Pada 4 Februari yang lalu, sebuah butik pakaian muslimah di Shah Alam iaitu Calacara telah dipecah masuk oleh sekumpulan pencuri yang masih belum berjaya dikenal pasti.

Namun apa yang lebih hebat, belum reda lagi kes kecurian di butik tersebut, satu lagi kejadian kecurian dilaporkan terjadi pada jiran butik ini iaitu Scarffeya.

Advertisement

Lokasi kejadian antara dua butik ini tidak jauh dan hanya selang beberapa buah kedai sahaja.

Menurut satu sumber, meskipun laporan polis telah dibuat, masih tiada tindakan sewajarnya yang diambil oleh pihak berkuasa.

Modus operandi yang dilakukan oleh kumpulan pencuri ini hampir sama terhadap kedua-dua buah butik ini dimana mereka memecah masuk melalui laluan yang terletak compressor penghawa dingin dan telah melarikan stok barangan untuk dijual serta beberapa barang digital yang boleh diguna pakai.

CALACARA TELAH DIPECAH MASUK && RM2,000 GANJARAN akan diberikan kepada pemberi maklumat yang dapat membantu kami mengenal pasti & menangkap suspek!

CALACARA SHAH ALAM telah dipecah masuk malam tadi melalui tingkap belakang butik kami dan perompak telah mengambil kesemua BEST SELLER items calacara seperti di bawah :

-vlad skirt kids
-madeline suit (jacket)
-sophea grace -emma jane
-statement tees

Anggaran kesemua barang yang diambil berjumlah hampir RM50,000.

Oleh itu, kami telah MEMBERHENTIKAN kesemua jualan kepada DROPSHIP AGENT & PERSONAL SHOPPER kami bagi membantu kes penyiasatan & untuk mengenal pasti suspek.

Jualan barangan Calacara mulai saat ini hanya melalui instagram calacara, website calacara, Fb page calacara dan butik2 calacara di shah alam, bangi sentral, ipoh dan kota bharu SAHAJA.

P/s : Kami TIDAK MENJUAL produk kami secara borong & pukal kepada mana mana reseller!
Jika anda terjumpa any reseller yg menjual items kami diatas secara online atau offline selain dari pihak calacara, TOLONG MAKLUMKAN kepada pihak kami. Mereka berkemungkinan besar suspek yang telah memecah masuk kedai kami.

Jika anda mempunyai maklumat / terjumpa any reseller yang menjual produk kami di atas, boleh segera hubungi kami di 0179696705. Thanks! Bantuan dan maklumat dari anda amat kami hargai.

Dan ini pula yang terjadi pada butik Scarffeya semalam.

“MOHON SEBARKAN”.

Hari ini hari Jumaat, tanggal 16 February 2018, kami diduga.

Butik Scarffeya dipecah masuk dari belakang tandas. Walaupun kami dah lock pintu tandas dari luar, tapi si perompak dengan ganas memecahkan pintu tandas kami.

Ini merupakan kejadian ke-3 butik kami dipecah masuk sejak kami berniaga. 2 kali masa butik lama dan paling terbaru hari ini di butik baru.

Syukur alhamdulillah, cuma cash, notebook dan stock yang hilang. Team kami selamat. Sedih menanggung kerugian dan kehilangan harta benda, tapi kami redha dengan setiap aturan Allah.

Dah buat report polis, namun polis hanya datang buat siasatan dan kes kecurian ini tetap berulang dari tahun ke tahun.

Kebanyakan butik di sini semuanya dah kena pecah masuk, buat laporan dan follow up namun masih tiada tangkapan dibuat oleh pihak berkenaan.

Kami peniaga terpaksa redha.

Walaupun laporan, jawapan dan tindakan yang kami terima dari pihak berkuasa tetap sama. Tugas dijalankan sekadar cukupkan syarat, namun kerugian tetap peniaga yang kena tanggung.

Semoga ujian di hari Jumaat penuh berkah ini terselit hikmah di sebaliknya.

Iefa mohon doa dan semangat dari semua agar perompak tersebut dapat ditangkap dalam masa terdekat ini.

Lokasi kejadian: Alam Avenue 2, Seksyen 16, Shah Alam, Selangor.

Mohon sahabat sebarkan

Ini pula rakaman CCTV yang berjaya diperolehi oleh pihak Scarffeya.

Berdasarkan rakaman yang diberikan,suspek menaiki kereta jenis Honda Civic lama yang bernombor pendaftaran 6169.

Mohon sesiapa yang pernah melihat kenderaan jenis ini segera laporkan ke balai polis berhampiran.

Beratnya dugaan yang kedua-dua pemilik butik ini terpaksa hadapi.

Difahamkan lokasi berkenaan merupakan kawasan tumpuan penggemar fesyen-fesyen muslimah dan sering dipenuhi pengunjung setiap minggu.

Calacara dan Scarffeya merupakan jenama fesyen muslimah yang sedang meningkat naik dan terkenal dengan rekaan pakaian kasual dan moden yang terkini.

Semoga segala urusan kedua-dua pemilik butik ini dipermudahkan.

Dan kepada pemilik butik lain di luar sana, berhati-hati kerana ada mata-mata yang sentiasa memerhati gerak-geri kita setiap hari.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...