“Dulu Aku Minat Dia Ni Dalam 3R..” – Ramai ‘Tak Percaya’ Lihat Rafidah Abdullah Dalam Organisasi Sisters In Islam

Kehidupan

“Dulu Aku Minat Dia Ni Dalam 3R..” – Ramai ‘Tak Percaya’ Lihat Rafidah Abdullah Dalam Organisasi Sisters In Islam

Seorang individu di Threads tampil mendedahkan penglibatan personaliti TV terkemuka iaitu Rafidah Abdullah dalam organisasi kontroversi iaitu Sisters In Islam (SIS).

Dalam hantaran itu, individu berkenaan memuat naik tangkap layar organisasi SIS dengan kapsyen tidak menyangka bahawa personaliti TV yang terkenal dengan rancangan 3R itu dahulu terlibat dalam organisasi berkenaan.

Advertisement

Rafidah Ibrahim SIS

Siapa dalam SIS ni? Maaf lah tak berapa nak kenal. Yang saya perasan si Rafidah ni salah seorang pengacara 3R di TV3 satu ketika dahulu. Semoga Allah memberikan mereka petunjuk dan kembali ke jalan yang benar.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberi pelbagai respon terhadap hantaran tersebut.

SIS rafidah ibrahim

Sekadar info, Sisters in Islam (SIS) mencuri perhatian ramai selepas Mahkamah Persekutuan pada 19 Jun 2025 memutuskan bahawa fatwa yang mengisytiharkan mereka sebagai “sesat” oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) adalah tidak sah dari sudut perundangan kerana SIS merupakan entiti berdaftar dan bukan individu Muslim.

Keputusan itu disambut baik oleh SIS yang menganggapnya sebagai kemenangan besar dalam mempertahankan kebebasan bersuara dan keadilan terhadap NGO seperti mereka.

Namun, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kecewa dan meminta SIS agar menggugurkan nama “Islam” dalam nama pertubuhan mereka bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

emy dituduh lupa diri
2025-06-21 10:13:46

“Baru 8 Bulan Cerai, Dah Kahwin Baru?” – Pempengaruh Dikecam Lupa Diri & Jasa Isteri Lama Lepas Popular

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...