Tular di Twitter semalam mengenai perbualan antara Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan aktivis politik, Fahmi Reza yang berlegar-legar di media sosial itu.
Perbualan itu bermula apabila Fahmi memuat naik satu grafik yang menunjukkan perbezaan antara Tunku Ismail dengan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mengenai respon kedua-duanya dalam menerima satira politik.
Sebagai maklum balas, TMJ kemudiannya menulis tweet permohonan maaf yang dihantarnya di Instagram kepada Fahmi kerana telah menyekat aktivis itu di Twitter.
Malah, TMJ juga meluahkan hasrat untuk berjumpa dengan Fahmi secara empat mata.
Sorry. Harap kita dapat jumpa. Saya suka jumpa anti monarch ni semua. Interesting. Tanya @Marina_Ibrahims.
Namun begitu, pelawaan TMJ itu ditolak secara mentah-mentah oleh Fahmi Reza atas alasan kerana enggan dilihat bias atau rapat dengan mana-mana pihak.
.@HRHJohorII pic.twitter.com/8XnGUVjsyo
— Fahmi Reza (@kuasasiswa) July 27, 2022
Saya lebih senang kekal sebagai seorang aktivis yang indipenden. Harap kamu faham kenapa saya tolak jemputan kamu. Kalau kita berjumpa, macai-macai akan label saya ‘barua TMJ’ lah pulak nanti.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil memberikan respon yang pelbagai di mana ada yang menganggap Fahmi sebagai seorang yang kurang ajar kepada TMJ dan sebaliknya.
“Ayat pun dah macam tiada adab. Amat tak cantik untuk generasi-generasi baru menghormati kaum kerabat raja-raja sultan melayu” komen seorang netizen.