“Dulu Ada Orang Tersayang..” – Nadia Annuar Kelihatan Semakin Cekung Selepas Bercerai, Akui Sering Malas Masak

Hiburan

“Dulu Ada Orang Tersayang..” – Nadia Annuar Kelihatan Semakin Cekung Selepas Bercerai, Akui Sering Malas Masak

Pengacara terkenal, Nadia Annuar kini tampil dengan imej baru yang terlihat lebih kurus dari sebelumnya. Hal itu sedikit sebanyak membuat warganet tertanya punca sebenar penampilan lain tersebut.

Menerusi Instagram story, Nadia membuat kenyataan bahawa dirinya tidak lah kurus dengan drastik. Hanya turun 5 kilogram sahaja sejak awal tahun. Selain itu, sebab pengacara ini turun berat badan adalah semenjak tinggal seorang, dirinya semakin malas atau lupa untuk makan.

Advertisement

Dulu ada orang tersayang, sekarang duduk seorang, macam tak berbaloi nak masak.

nadiaSumber : Instagram  

Bukan itu sahaja, sebelum ini, ramai dikejutkan apabila perkahwinan keduanya telah pun berakhir dengan penceraian.

Pada masa yang sama, kakak kepada selebriti Harris Annuar ini juga sempat kecewa dengan tuduhan netizen yang bersangka dia lah punca perpisahan dengan bekas suaminya yang bertahan selama lapan tahun.

Saya nak fokus pada diri sendiri dan anak-anak walaupun tak tinggal bersama.

View this post on Instagram

 

A post shared by (@nadiaannuar)

>

Menurutnya lagi, kini dia cuba untuk mengalihkan fokus untuk menambah baik karier pengacaranya. Dengan usaha yang lebih, Nadia percaya kebolehan itu boleh diasah untuk kegunaan jangka masa yang panjang.

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: Salah Ke Saya Jaga Aib? Buat Andaian Sendiri, Nadia Annuar Suruh Netizen Have Fun Jaja Cerita Cerainya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...