Penyampai radio yang juga merupakan adik kepada penyanyi, Faizal Tahir iaitu Anas Tahir mempersoal tindakan segelintir pelakon yang menayang badan mereka secara terbuka dalam filem.
Anas berkata perkara tersebut sangat berlawanan dengan pengalaman yang pernah dilalui oleh abangnya yang pernah digam dari stesen televisyen kerana tindakannya membuka baju ketika bertanding di sebuah pertandingan pada tahun 2008 yang lalu.
Dulu tak silap sekitar 2008, abang aku pernah buat konsert dan dia buka baju kemudian dikecam, digam serta dikenakan tindakan tatatertib.
Tetapi sekarang ini, aku tengok buka baju dalam filem siap ‘promote’ kaw kaw lagi. Buka baju bukan sedikit tetapi kalau boleh hampir menampakkan bahagian tidak sepatutnya.
Aku tak pertahankan tindakan abang aku sebab yang salah tetap salah.
Anas menganggap budaya menayang badan seperti sudah menjadi satu ‘trend’ atau ikutan segelintir selebriti tanah air.
Walau bagaimanapun, dia tidak memperincikan filem mana yang dimaksudkan berhubung isu itu.
@aanastahirr Dulu dihukum.. sekarang dijulang.. #tuje #sajenakbagitau ♬ original sound – Anas Tahir
Selain itu kami kongsikan pautan artikel yang lain di bawah.