Seorang dukun Ki Joko Bodo yang baru bertaubat mendedahkan dia pernah mengikat 22 jin berusia 100 tahun di dalam rumahnya. Menurut laporan Suara.com, kejadian itu berlaku di Jakarta Timur, Indonesia di mana jin-jin yang diikat itu merupakan jin yang ‘nakal’ dan sering menimbulkan masalah.
Menurut Joko, dia mengikat makhluk halus tersebut di rumah kerana boleh mengawalnya agar tidak terlepas lalu mengganggu penduduk kampung.
“Kawasan rumah saya memang menjadi lokasi hantu, makhluk halus dan jin berkumpul. Malah pontianak juga sering singgah di pokok-pokok sekitar rumah. Kalau waktu malam, memang akan ada yang bergayut di pokok-pokok itu”.
Walaupun Joko dalam usaha untuk kembali ke pangkal jalan, dia masih lagi meneruskan pekerjaan sebagai penghalau hantu dan berinteraksi dengan dunia spiritual.