Duit Zakat Ditipu Scammer, “Dunia Hang Boleh Terlepas, Akhirat Menanti”

Trending

Duit Zakat Ditipu Scammer, “Dunia Hang Boleh Terlepas, Akhirat Menanti”


Prinsip aku mudah ; “Dunia hang boleh terlepas, akhirat menanti.”

Kat sini aku nak ciptakan satu KESEDARAN agar kamu semua tak jadi macam aku, lepas terkena baru sedar ada banyak portal yang boleh semak SCAMMER. Ini ialah benang dan kisah aku kena scam menyebabkan kerugian sebanyak RM 600.

Advertisement

Sebenarnya aku baru dapat duit zakat RM 1000 , jadi aku putuskan untuk guna duit tu ke arah yang betul iaitu nak beli laptop disebabkan aku tak ada laptop untuk buat kerja semua . Sebelum dapat duit tu memang aku dah survey nak beli semua kemudian terjumpa satu iklan dekat mudah.my

Disebabkan aku pun minat dalam dunia editing, jadi aku putuskan nak angkat macbook tu sebab harga dia memang murah dan berpatutan. Sebab macbook tu dah tahun 2012 dan memang okay la kalau jual dengan harga RM 700 sebab benda tu masuk akal bagi aku. Kemudian aku mula mesej penjual tu.

Jadi bila dah mesej aku pun berurusan dengan si scammer. Dia cakap nak COD semua aku pun okay saja lah. Si scammer tu cakap dia nak COD Ahad malam sebab hujung minggu dia nak balik kampung . Memang smooth gila wei dia punya cerita . Lepas tu aku pun okay sajalah sehingga dia mesej nak minta deposit.

Dia minta deposit tu sebab dia cakap dia ada ramai orang mesej dia nak beli . Jadi aku pun deposit la RM50 dulu sebagai transaksi pertama aku dengan dia jadi dia pun simpankan untuk aku laptop tu dan dia cakap nak padamkan iklan kat mudah.my. “kononnya”.

Lepas tu dah uruskan semua ahad malam dia nak jumpa untuk COD barang. Lepas tu esok petang tu dia WhatsApp dia cakap dia nak tukar nak hari Isnin pagi pula sebab dia cakap dia tak sempat nak jumpa Ahad malam. Mula-mula aku macam nak tolak sebab Isnin tu ada kelas.

Lepas tu aku fikir balik , tak apa kot kalau tinggal satu kelas saja untuk COD barang. Lepas tu si scammer ni rasa kesian dekat aku (( acah ? )) cakap jangan tinggal kelas la bla bla dan kemudian tawarkan dekat aku suruh bayar separuh RM 350 dulu kemudian dah dapat barang baru bayar lagi separuh RM 300. Aku pun pergi percaya haih..

 

Lepas tu aku pun tunggu la dia nak pos. Tunggu punya tunggu esok pagi (Ahad) tu dia WhatsApp cakap kereta rosak la, dalam perjalanan nak balik dan nak pos barang aku. Mula-mula aku rasa macam pei dahh rasa macam dok kena dah ni. Aku macam tak percaya lepas tu aku minta dia tangkap gambar kereta rosak semua.

Sebenarnya aku tipu dia saja yang cakap aku pernah kena scam tu, sebenarnya yang kena tu pakcik aku. Tapi aku tak tahulah sebab apa aku ni macam senang sangat bagi duit kat dia (rasa macam kena pukaulah pula) lepas tu aku pun bank in RM 200, sebab dia bagi diskaun RM 100 sebab kecemasan.

Tapi masa tu aku buat panggilan telefon dia cakap dengan dia, dan dia pun macam meyakinkan gila, dan aku pun percaya (mungkin tu salah aku dari awal). Kemudian aku bank in la lagi RM 200 dengan harapan dia akan pos barang kat aku hari tu juga.

Masa aku buat panggilan telefon tu , aku minta no kad pengenalan dia. Tapi dia cakap dia akan bincang dulu dengan isteri dia sebab dia pernah kena senarai hitamlah, apalah. Jadi aku pun percaya juga alahai .

Lepas tu aku pun bank in kat dia RM 200 sebab masa tu dia cakap memang nak pakai duit, dia nak keluarkan ASB dia tak bolehlah bla bla

Jadi dah bank in aku pun tunggu la alahai macam orang bodoh. Lepas tu petang tu aku WhatsApp dia dah jadi satu tick saja dan tak apa lagi masa tu masih positif lagi. Mungkin sebab bateri telefon habis ke apa.

Dan malam tu pun aku WhatsApp lagi tapi masih satu tick . Lepas tu aku mula rasa risau sebab RM 600 wehhh sanggup dia lesapkan duit aku macam itu saja . Memang nak pakai kot aku nak beli laptop nak buat kerja dan nak belajar nak asah kemahiran editing aku..

Tapi aku reda sajalah. Mungkin Allah nak uji aku sebab mungkin Dia lebih tahu dari apa yang aku tahu. Insya-Allah aku akan manfaatkan lagi RM 400 baki daripada RM 1000 tadi tu ke arah benda yang betul . Aku terima benda ni sebagai ujian bagi aku. Aku tak kisah pun kalau orang nak kecam aku sebab pergi percaya bulat bulat dengan si scammer tu, sebab aku terdesak sangat nak ada laptop sendiri masa  tu.

Aku tak tau la apa akan jadi bila makan duit haram (duit zakat pula tu) lepas tu aniaya aku pula. Aku bukan siapa-siapa nak menghukum dia. Tapi aku tawakal kat Allah sebab Dia lagi maha berkuasa.

Jadi sini aku baru dapat tau dua tiga laman yang boleh semak scammer atau tak nombor akaun bank atau nombor telefon:

1) ccid.rmp.gov.my/semakmule/

Okay ni adalah PDRM punya laman sesawang untuk semak.

2) scam.my

Yang aku dapat jejak dia scammer tu dari sini . Aku tak tahu siapa buat laman sesawang ni tapi memang bagus gila sebab dapat tolong ramai orang. Aku sendiri pada awalnya pun tak tahu tapi selepas terkena aku belajar sesuatu.

3) tipu.my

Laman sesawang yang ketiga ni pun boleh guna juga . Aku harap benang ni dapat membantu orang orang kat luar sana supaya berhati hati dengan transaksi dalam talian.

Jadi moral cerita ini :

1)jangan sesekali percaya orang tak dikenali

2)semak dulu kalau scammer tu ada dalam senarai ke tak, jika tak ada boleh teruskan tapi masih kena hati- hati dalam transaksi kamu semua sebab mungkin dia salah seorang scammer

Dan akhir sekali benda yang paling aku tekankan ialah TAK SEMUA penjual dalam talian ialah SCAMMER, hanya sebilangan saja yang suka ambil kesempatan. Dalam Malaysia ni ramai saja penjual dalam talian yang bagus. Cuma kerana nila setitik saja boleh meracuni fikiran rakyat Malaysia.

Pesanan dari aku: “ Berhati-hati dalam transaksi dalam talian sebelum buat sebarang transaksi” .

Aku dah terkena , aku tak nak orang lain juga terkena. Assalamualaikum

Sumber: Muhammad Marhakim

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...