Duit Tinggal RM4.89, Soo Wincci Akui Terpaksa Makan Sisa Makanan

Hiburan

Duit Tinggal RM4.89, Soo Wincci Akui Terpaksa Makan Sisa Makanan

Pelakon, penyanyi dan model Dr. Soo Wincci mendedahkan beliau pernah berdepan detik sukar sepanjang berada di Sepanyol sepanjang melanjutkan pelajaran di sana.

Advertisement

Katanya, pada satu tahap, beliau dikatakan terpaksa memakan sisa makanan pelajar lain kerana kekurangan wang untuk menampung biayanya di negara tersebut.

“Masih ku ingat beberapa tahun yang lalu bila duit saku saya hanya tinggal 1 euro (RM4.89) dan saya tak boleh bekerja kerana visa dan undang-undang universiti. Sejujurnya, setiap hari saya perlu risaukan tentang yuran pembelajaran, markah, hutang, dan sentiasa diketawa dan diejek. Sampaikan terpaksa makan sisa makanan pelajar lain.

Namun begitu, ada juga yang menasihatinya untuk melupakan apa yang diusahakannya kini dan berkahwin.

“Ramai yang menasihati saya agar berkahwin atau nikmati dunia populariti saja. Tapi saya pernah berjanji pada diri sendiri, saya takkan berpatah balik, tak akan merungut dan meneruskan apa yang sudah dikerjakan selama ini.”

Sekadar informasi, Wincci memiliki ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Reading, United Kingdom berserta tiga sarjana lain iaitu Sarjana Pentadbiran Perniagaan (University of Sunshine Coast, Australia), Sarjana Produksi Muzik, Teknologi dan Inovasi (Berklee Valencia, Sepanyol) dan Sarjana Fellowship Live Music Production (Berklee Valencia, Sepanyol).

Tidak kurang juga, beliau disahkan berjaya menggenggam PhD Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia, sekali gus memperoleh lima ijazah berkenaan dalam tempoh 15 tahun.

Lebih membanggakan, Wincci juga telah mencipta rekod apabila menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen dan Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artist.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...