Pendakwah terkenal, PU Riz bersyukur akhirnya kes saman yang difailkan terhadap sebuah syarikat berhubung penjualan kereta Toyota Vellfire miliknya akhirnya selesai di mahkamah, semalam.
Menurut laporan, seorang kakitangan syarikat itu didakwa melarikan hasil jualan kenderaan berkenaa dan kes tersebut berjaya diselesaikan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Khamis lalu.
Kata suami selebriti Neelofa itu, kejadian tersebut berlaku pada tahun 2016 apabila da menjual kereta terbabit kepada sebuah syarikat jual beli kereta pada harga RM180,000.
Bagaimapun, kata pendakwah berusia 30 tahun tersebut, baki hasil jualan sebanyak RM80,000 telah dilarikan oleh individu tidak bertanggungjawab.
Duit itu dilarikan oleh pekerja syarikat itu walaupun resit pembayaran baki kereta sudah diberikan. Jadi saya nekad memfailkan kes ini di mahkamah dan Alhamdulillah berjaya diselesaikan secara baik.
Syarikat tersebut selaku defendan bersetuju dengan cadangan untuk membuat pembayaran penyelesaian sebanyak RM60,000 dalam tempoh tiga bulan.
Dalam pada itu, Haris berharap kejadian malang menimpanya ini menjadi pengajaran buat semua orang di luar sana agar berhati-hati dalam proses jual beli supaya tidak mudah tertipu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.