June 26th, 2019

Penerbit popular Datuk A. Aida yang sebelum ini hangat dengan kontroversi perceraian mendedahkan dia kini mengalami kerugian besar sebanyak RM200,000 akibat kes kecurian.

Dia menyedari tentang kehilangan wang itu sebaik sahaja pulang bercuti dari Mesir pada 1 Mac lalu dan sudah membuat laporan polis berkenaan kes tersebut pada Jumaat  21 Jun lalu.

Saya tidak boleh komen banyak tapi memang betul. Saya sudah melakukan laporan polis. Sekarang ini dalam penyiasatan. Saya serahkan semuanya kepada pihak polis untuk siasatan.

Saya mula sedar ketika pulang bercuti dari Mesir pada 1 Mac lalu. Jumlah kehilangan adalah sebanyak RM200,000 dan transaksi wang dilakukan sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut mengenai kes berkenaan sama ada melibatkan bekas suami, Ariff Aziz, A. Aida enggan memberikan sebarang komen.

Sumber Berita : Kosmo Online

Kredit Foto : Utusan Online


32 responses to “Duit RM200,000 Hilang, Datuk A. Aida Buat Laporan Polis”

  1. Lol says:

    Time cerai haritu pun no komen, kes hilang duit pun no komen. Baik ko cerita pada tiang jamban je mcm Najib..semua x tahu.

  2. Anonymous says:

    cuba check dlm coli nenek!

  3. Anonymous says:

    Duit kena curi 1 Mac… buat laporan polis bulan June? Mmmm… biar betul ni nekkk?

  4. faraj says:

    toyol handsome curi nek! cuba nek check bawah katil!!!

  5. Abg Sahdo says:

    Kifarah… muahaha

    • Layola says:

      200k tu apa lah sangat opah oiii. Bossku duit beratus juta pun x sedar ada dlm akaun peribadi. Hebatkan Bossku tu tpi ada yg masih sokong cium tangan hingga ke siku. Bossku bebal apatah lagi penyokong2 nya.
      Hiks!

    • faraj says:

      mungkin geng umeno…. lepas bpeluk- pelukan dgn pas .

    • Anonymous says:

      Hadi paling suka. Satu persatu orang kuat Umno jatuh. Hadi pun dah hafal lagu Umno. Boleh jadi Presiden Umno dah.

    • Mike says:

      Lagi byk kes rasuah geng2 Penyamun, lagi afdal bergabung dgn mereka – Logik Lebai Bohong Syarie

      71 Rasuah BN
      21 Rasuah PH
      Lebai pilih 71. hahahaa

    • Anonymous says:

      Bekas Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka berdepan sekurang-kurangnya 40 tuduhan mengikut Seksyen 16(a)(B), Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Seksyen 165, Kanun Keseksaan. Sumber memberitahu Harian Metro, Ahmad Zahid berdepan tujuh tuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini manakala baki tuduhan akan dilakukan di Mahkamah Seksyen Shah Alam, esok.

      “Pertuduhan dilakukan kerana Ahmad Zahid didakwa menyalahgunakan kedudukan untuk mendapatkan wang sogokan daripada syarikat swasta yang diberi hak eksklusif membawa masuk pelancong China ke Malaysia,” kata sumber itu.
      Menurutnya, selain Ahmad Zahid, beberapa pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) juga akan didakwa kerana menerima wang sogokan daripada syarikat sama. “Pendakwaan pegawai (JIM) akan berlangsung dalam masa terdekat. Kita selesaikan dulu kes Ahmad Zahid,” katanya tanpa menjelaskan jumlah wang sogokan diterima beliau.

Loading...