Duit RM20,000 Hangus Begitu Sahaja, Lelaki ini disuruh “Cuba Lagi” pada Masa Akan Datang.

Trending

Duit RM20,000 Hangus Begitu Sahaja, Lelaki ini disuruh “Cuba Lagi” pada Masa Akan Datang.

Jodoh ada di mana-mana sahaja. Tetapi kali ini buat seorang individu bernama Muhd Iqbal, segalanya hanya tinggal kenangan.


Kisahnya bermula apabila beliau dikatakan telah menghabiskan sebanyak RM20,000 untuk majlis persiapan perkahwinan bersama seorang wanita yang kononnya bersetuju untuk berkahwin dengannya.

Advertisement

Berdasarkan posting lelaki ini, mereka bakal berkahwin bulan Oktober dan telahpun mula mencari tempat tinggal.

Tetapi, secara tiba-tiba, segalanya telah berubah

Menurut posting tersebut dan juga tafsiran kami, kedua-dua belah keluarga sudahpun bertemu. 

Namun lelaki ini tidak berputus asa dan terus memujuk. Menurut pihak perempuan, bapanya telah pun memutuskan bagi pihak anak. “Anggap la kita tak ada jodoh”

Apa yang lebih menyakitkan hati adalah wanita ini telah menasihati si-lelaki untuk membeli rumah, kembangkan perniagaan dan menunjukkan kesungguhan.

Beberapa komen dan reaksi netizen yang telah membaca kisah beliau memberi kata semangat supaya tabah dan pastinya ada jodoh di masa yang akan datang.

Ada juga yang mengatakan bahawa beliau membuat keputusan dengan terburu-buru pada masa yang akan datang. Tidak kurangnya juga pihak yang menasihati beliau untuk mendapat nasihat peguam.

Pada pendapat penulis, RM20,000 adalah jumlah yang amat besar untuk dibelanjakan dan lebih menyedihkan lagi adalah apabila segala harapan untuk mendirikan rumahtangga hancur begitu sahaja melalui WhatsApp..

Sumber : Facebook Muhd Iqbal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...