August 11th, 2011

Siapa sini tak pernah minum Nescafe? Ala tipu sangatlah kan kalau korang tak pernah minum. Tapi dalam banyak-banyak jenis Nescafe, Abang Nara paling suka dengan tin Nescafe Latte. Setiap pagi sebelum pergi kerja compem akan singgah dan beli setin dulu untuk bekal dalam trafik jam. Buat hilang mengantuk.

nescafe

Cuba korang tengok betul-betuk gambar tin Nescafe Latte kat atas tue. Kalau korang budak art atau budak designer, mesti korang dengan riaknya akan berkata:-

Alangkah syioknya kalau aku boleh design tin Nescafe nie dengan citarasa yang membayangkan personaliti aku? Ish ish…bestnya kalau boleh

Orang tua-tua kata, mimpi kadang-kadang memang boleh jadi kenyataan. Dan dengan peraduan Nescafe Chill-lah Express, inilah peluang anda untuk “design your own Nescafe can” dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM10,000.

nescafe

Dan keterujaan anda pasti akan mencapai tahap maksima apabila pemenang grand prize bukan sahaja dapat RM10,000 tapi design yang direka akan dikeluarkan secara limited edition. Boleh bangga sampai cucu cicit. Teruja kan? Sila teruja lagi dengan melihat keseluruhan hadiah Nescafe Chill-Lah Express di bawah:-

nescafe

Ok rileks jangan teruja sampai terbatal puasa. First thing first, korang WAJIB ADA satu tin Nescafe untuk projek ini. Kalau takder pergi beli sekarang gak.

Di bawah ini ialah hasil kreativiti Abang Nara yang agak terhad akibat lapar puasa.

nescafe

Dah siap design sepenuhnya, inilah masanya untuk korang menggunakan tin Nescafe yang telah dibeli tadi. Korang akan tangkap gambar design korang secara “Augmented Reality” dengan menekan butang view AR. Pastue korang follow je instruction yang ada kat situ.

Kalau korang rasa nak try menang hadiah kedua atau ketiga (sebab grand prize dah compem milik Abang Nara), sila pergi ke fan page Nescafe Chill-Lah sekarang jugak.


Comments are closed.

Loading...