“Duit Raya Ni Tak Perlu Minta-Minta..” – Wanita Bengang Ada Ibu Bapa ‘Spam’ WhatsApp Hantar QR Minta Duit Raya Anak

Kehidupan

“Duit Raya Ni Tak Perlu Minta-Minta..” – Wanita Bengang Ada Ibu Bapa ‘Spam’ WhatsApp Hantar QR Minta Duit Raya Anak

Di bulan Syawal ini, sudah menjadi tradisi turun temurun untuk ahli keluarga atau orang dewasa memberi duit raya kepada kanak-kanak dan remaja. Selalunya duit raya akan diberikan dalam sampul namun kini lebih ramai menggunakan kod QR kerana ia lebih pantas dan mudah.

‘Meminta’ duit raya untuk anak

Namun begitu, tular baru-baru ini di media sosial hantaran seorang wanita yang menegur sikap segelintir ibu bapa yang tidak segan silu meminta duit raya untuk anak mereka daripada ahli keluarga.

Advertisement

Menerusi status di Facebook itu, wanita ini berkata hingga ada ibu bapa yang spam di WhatsApp menghantar imbasan kod QR bagi meminta duit raya anak-anak mereka.

Maaf lah kalau terasa tapi rasa apa eh spam WhatsApp hantar QR mintak duit raya untuk anak? Duit raya ni tak perlu minta-minta orang nak bagi dia akan bagi.

 

Tunjuklah contoh yang baik untuk anak-anak. Jagalah air muka suami dan keluarga lain sama. Jangan membiasakan budaya suka meminta.

Duit raya sedekah bukan wajib

Bukan itu sahaja, terlihat ramai pengguna media sosial yang turut bersetuju dengan hantaran individu berkenaan tentang pemberian duit raya. Ada yang berpendapat, isu memberi berapa ringgit itu tidak sepatutnya dipersoal memandangkan ia dianggap sedekah daripada pemberi.

Aduhai, duit raya tu sedekah, tak wajib pun, terpulanglah nak bagi berapa pun. Orang bagi berapa pun terima sahaja rezeki.

 

Macam-macam perangai sekarang ni, ada yang gendong anak, lepas itu mintak duit raya dekat orang, tapi dia sendiri tak hulur duit raya.

fb

fbSumber : Facebook  

Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

8 months ago

"Kita Ni Muda Lagi, RM1 Atau RM2 Pun Terima" - Cik B Sedih Tak Dapat Duit Raya, Nak Rasa Kemeriahan Aidilfitri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...