Rasanya semua dah tahu kan kumpulan popular Sleeq telah berpecah, banyak khabar angin yang mengatakan perpecahan mereka disebabkan isteri masing-masing tidak bersefahaman dan sering bergaduh ketika pernah tinggal serumah di Kuala Lumpur. Namun, perkara itu dinafikan oleh Alyph dan Syarif.
Walaubagaimanapun, menerusi sisipan Bipop di akhbar Berita Harian punca mereka berpecah adalah kerana Alyph dan Syarif sendiri yang bergaduh dan menyimpan rasa tidak puas hati.
Semua berlaku apabila Alyph terlalu sibuk dengan projeknya sendiri tetapi masih lagi memanfaatkan nama Sleeq dalam setiap kerja yang beliau lakukan dan menikmati hasilnya seorang diri.
Kami tahu Alyph mempunyai bakat besar dalam menulis lagu dan sebagainya dan ia menjadi satu bonus buat beliau kerana mampu menjana keuntungan walaupun tidak menyanyi. Syarif pula hanya bergantung kepada nyanyian sahaja.
Tindakan Alyph untuk menggunakan nama Sleeq untuk projek beliau  sangat tidak adil buat Syarif, siapa tidak makan hati kalau dapat projek makan  sendiri sedangkan ia menggunakan nama kumpulan tersebut? Betul lah selama ini punca perpecahan Sleeq disebabkan duit.
Terus terang bukan mudah bukan untuk Sleeq menembusi industri hiburan di Malaysia dahulu, tetapi kenapa mereka mudah lupa apabila sudah popular sedikit? Ini lah jadinya kalau apa yang ada difikiran ialah untuk mengejar duit semata-mata dan bukan ingin memperjuangkan kerjaya ke tahap yang lebih baik.
Hurm..tidak mengapalah mungkin ini jalan yang terbaik buat mereka, kalau asyik rasa tidak puas hati lagi di masa hadapan susah juga bukan? Apa-apapun mereka tetap bersaudara dan tidak elok untuk terus bermasam muka. Selepas ini Alyph akan bergerak secara solo dan Syarif pula akan memberi sepenuh tumpuan kepada perniagaan beliau di Singapura.